Monday, January 12, 2009

Dilema Malaysia Bhg 2 - Isu Perkauman

Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang mana kelainan etnik dan budaya ini memberi kelebihan kepada malaysia untuk belajar hidup bertoleransi dan ianya unik kerana dengan ini juga malaysia bagaikan syurga makanan hasil dari pelbagai kaum dan suku yang terdapat malaysia.

Kerana kepelbagian etnik ini juga memberi kelebihan kepada malaysia dalam urusan perdagangan antara negara, sebagai contoh kaum cina akan lebih senang diterima untuk menjalinkan perniagaan di negara cina dsbnya, Begitu juga kaum india nampaknya lebih mudah diterima untuk menjalankan perniagaan di India dan kaum melayu lebih terima di Indonesia dalam misi perniagaan. Kepelbagaian ini jika digunakan sebaik2nya maka ianya akan memberi banyak kelebihan kepada malayia dalam pelbagai aspek dan ianya amat berhasil dan berjalan dengan baik semenjak malaysia mencapai kemerdekaan kecuali pada 13 May 1969.

Kepelbagaian etnik juga membuat malaysia berprinsip bahawa semua rakyat akan berhak mendapat hak masing2 samada dalam pendidikan, ekonomi budaya dsbnya. Justeru itu tiada satu kaum yang memiliki segala galanya dan tiada satu kuam pun yang akan ketinggalan dalam segala galanya.

Tetapi setelah PRU 12 , segala galanya telah berubah, gara2 memmpunyai kepimpinan negara yang lemah dan berpandangan sempit maka kepelbagian etnik yang ada dalam Malaysia sekarang ini sudah menjadi satu masalah yang besar yang mana ianya mungkin akan jadi "barah" yang akan membawa malaysia kearah yang tidak kondusif. Ini kerana setiap kaum sudah lantang bercakap tentang kepentingan masing2 seaolah olah ingin memiliki segala galanya dan prinsip saling berkongsi seperti "Hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama di cicah" sudah tidak di pentingkan lagi.

Justeru itu kepelbagaian kaum sudah menjadi satu DILEMMA MALAYSIA pada sekarang dan masa hadapan.

Justeru itu satu mekanisma yang baru harus difikirkan agar ianya tidak menjadi seperti "api dalam sekam" yang mana akhirnya merugikan semua kaum dalam negara Malaysia yang bertuah ini.

No comments: