Wednesday, February 11, 2009

Dilema Malaysia Bhg 4- Isu Ekonomi

Secara purata ekonomi sesebuah negara dijana oleh industri kecil sederhana (SME) yang merangkumi 60 hingga 70% daripada jumlah ekonomi sesebuah negara, manakala Sweden 99% perniagaan adalah bertaraf SME.

Melihat kepada faktor ini sudah jelas pembentukan SME dan penyediaan keperluan pendidikan menjadi begitu penting pada negara kita Malaysia kerana ianya bukan sahaja menjanakan pendapatan kepada negara tapi juga merupakan penyedia peluang pekerjaan yang terbesar dan masyarakat berilmu akan akhirnya mampu untuk keluar dari kemiskinan dan membina kerjaya yang gemilang ataupun menjadi usahawan SME yang berjaya.

Ekonomi juga dilihat sebagai tulang belakang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan hidup aman damai tanpa perasaan prejudis diantara satu sama lain.


Justeru itu kerajaan BN telah menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan bangsa melayu dalam SME dan pendidikan yang diliberisasikan. Tapi persoalannya apakah ini semua mampu meyelesaikan masalah utama tadi, iaitu, membentuk SME dan masyarakat yang berkerjaya?

Jawapannya tentulah tidak, malah ianya mewujudkan lebih banyak "pengganguran" kerana kadar pembentukan SME dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang , yang mana kadar liberisasi pendidikan yang lebih cepat dan pembentukan SME yang lebih sukar.

Penglibatan bangsa Melayu dalam SME jauh lebih rendah berbanding dengan bangsa Cina dan lebih membimbangkan penglibatan bangsa melayu banyak tertumpu pada sektor pembinaan yang diketahui begitu rapuh kepada perubahan ekonomi terutama dalam ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Selain daripada bersifat kerapuhan (volatility), proses pembelian (buying process) sektor pembinaan juga bersifat kenal siapa (know who) yang mana ianya amat berkait rapat dengan hubungan politik.

Berdasarkan keadaan politik semasa di Malaysia sekarang ini, kemugkinan penguncupan ekonomi melayu akan lebih ketara pada masa2 mendatang dan sudah tiba masanya bangsa Melayu terlibat secara serius dalam bidang bidang lain seperti perkhidmatan, perkilangan dan sektor pembuatan samada berskala besar atau kecil.

Keadaan ini jelas merupakan satu DILEMA KEPADA MALAYSIA, kerana penyuncupan ekonomi yang berterusan dan kegagalan membentuk SME dalam sektor sektor yang disebutkan tadi akan menberi kesan domino yang lain, seperti pengangguran, keharmonian, dan perpaduan kaum pada Malaysia dimasa mendatang.



Wassalam