Monday, December 27, 2010

GENIUS vs EO; isu penting negara


Sahabat saya melalui blog beliau Sri Tri Buana mengulas mengenai keputusan peperiksaan PMR yang baru diumumkan baru baru ini. Beliau berpendapat bahawa keputusan kecemerlangan tidak begitu penting dan apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk melahirkan para pelajar yang genius dan beliau memberi beberapa manusia genius sebagai contoh diantaranya Einstein dan Bill Gates. Ulasan penuh beliau klik disini

Sebelum saya menghurai lanjut maka disini saya sertakan pautan yang menjelaskan maksudnya tersendiri tentang kedua dua perkataan tersebut: Definisi genius klik disini, sementara itu Definisi innovatif klik disini.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau faktor persekitaran akan membuat seseorang itu kreatif dan sistim pembelajaran serta mentaliti orang malaysia rata rata adalah 'exam oriented' atau pun "A oriented".

Dimana si pencipta A dianggap bijak dan pandai dan yang lain lain adalah lemah. Sebenarnya dalam realiti kehidupan adalah berbeza beza. Kadang kadang si pencipta A tidak mampu untuk hidup dengan cemerlang, gemilang dan terbilang berbanding dengan si pencipta B yang lebih berjaya kerana sifat peribadi yang lebih inovatif dan kreatif.

Beliau menggunakan tandaaras ekonomi sebagai menjustifikasikan ulasan beliau dimana kejayaan Bill gates dan pencipta Facebook sebagai sandaran.

Saya berpendapat, Malaysia tidak perlu untuk mengeluarkan begitu ramai genius dan manusia genuis bukan boleh dikeluarkan sepertimana kilang mengeluarkan biskut atau sebagainya, dan manusia yang genius memang tidak ramai diatas muka dunia.

Apa yang Malaysia perlu, adalah mengeluarkan lebih ramai pelajar yang bersifat inovatif dan kreatif, proaktif dimana dengan mealahirkan manusia seperti ini maka mereka mereka sebegini tidak terlalu bergantung kepada pertolongan dan kebiasaannya mereka sebegini lebih berdikari dan lebih berjaya dari segi kehidupan kalau tanda aras ekonomi digunakan sebagai ukuran.

Sifat yang kreatif, innovatif, proaktif dan dicampur dengan sifat sifat seperti bersedia untuk mengambil risiko maka akan lahir lah manusia yang bersifat 'entrepreneurial orientation" (berorientasi keushawanan).

Apabila siafat sifat tadi wujud maka kita akan dapat bukan hanya pencipta A tetapi para pencipta B dan lain lain yang mana akhirnya:

1. Jika ada yang menceburi perniagaan maka meraka akan menjadi peniaga yang berdaya maju dan bukan peniaga yang hanya tahu melobi dan mengambil komisen sahaja dan 'Alibaba".

2. Jika mereka sudah bekerja dalam mana mana organisasi, maka mereka mereka tadi bukan hanya penunggu arahan atau penunggu gaji diakhir bulan sahaja.

3. Jika mereka menjadi pentadbir dalam jabatan kerajaan, maka mereka mereka tadi akan menjadi pencetus idea dan menjadi kakitangan yang cekap dan sentiasa berkhidmat dengan penuh inovatif dan proaktif dalam melaksankan polisi kerajaan.

Pada pandangan saya sang genius tidak semestinya mampu menjadi seseorang yang berjaya dalam mencipta ekonomi, sang genius hanya mungkin mampu berkerja di jabatan R&D dan kita memerlukan entreprenuer untuk menjadikan ciptaaan sang genius tadi sebagai wang wang wang dan ekonomi. Atau sekurang kurang menjadi pentadbir yang sentiasa peka dalam melaksanakan kerja mereka.

Sekian serba sedikit sebagai ulasan, kalau mahu diulas dalam perkara perkara sebegini ianya amat panjang dan berjela jela. Bersama ini saya sertakan link yang mendefinisikan dan menjelaskan maksudnya yang tersendiri tentang "entrepreneurial orientation", klik disini.

Nota: Dalam ulasan ini hanya faktor ekonomi yang di gunapakai; dan faktor ugama dan jatidiri tidak diambil kira dalam ulasan ini .

Semuanya juga adalah tergantung kepada pertolongan Allah. Saya nyatakan disini supaya tidak muncul pandangan seolah olah Dzimba hanya pentingkan ekonomi dan lupa bahawa Allah itu Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Saturday, December 25, 2010

INGIN JADI JUTAWAN

Salah seorang follower PANTAU bernama Hafizoo terlibat dalam perniagaan produk produk kesihatan termasuk kelapa dara dan lain lain, untuk lanjut klik disini.


Dzimba tidak mempunyai apa apa kepentingan dalam perniagaan beliau. Tujuan Dzimba menyiarkan halaman blog beliau disini sebagai tanda terima kasih Dzimba kepada Hafizoo kerana menjadi follower PANTAU. dan terima kasih kepada beliau.

Bagi sesiapa yang ingin mempromosikan perniagaan beliau dalam apa jua sekalipun ,Dzimba bersedia untuk membuat perkara yang sama.


Terima kasih



Dzimba

Friday, December 24, 2010

TEMASEK PUN BODOH JUGA

Economic risk adalah merupakan diantara ancaman ancaman yang yang perlu difikirkan oleh para pelabur apabila mengadakan pelaburan diluar negara, untuk definisi, klik disini.
Berita tentang Temasek yang dikenakan tindakan saman oleh kerajaan Indonesia mencerminkan bahawa Temasek juga adalah terdedah kepada pelbagai kesalahan dan kelemahan dalam menjalankan operasi mereka, berita penuh Klik disini.

Berdasarkan kepada pelbagai kejayaan dan pengalaman mereka dalam pelaburan diperingkat antarabangsa, sudah tentu kesilapan sebegini tidak mampu untuk sesiapa yang diluar menerimanya dengan sebegitu mudah.

Kalau di Malaysia, mungkin demonstrasi sudah dijalankan dan meraung raung minta di denda.. berpolitik siang dan malam.


Tidak mungkin para pegawai tinggi di Temasek tidak faham akan perkara perkara sebegini. Atau mungkin memang mereka juga bodoh seperti sesetengah syarikat pelaburan Malaysia???.

Kalau tidak salah Dzimba, perkara sebegini bukan kali pertama berlaku yang melibatkan syarikat dari Singapura, bahkan sebelum ini Singapura juga terlibat dalam pelaburan di Thailand dan akibat dariapada itu, PM Thaksin terpaksa terjun dari takhta dan berkubu di luar negara.. hee hee...kesian kesian.

Sehubungan dengan itu, dan berdasarkan kepada kedua dua senario tersebut, maka amatlah wajar pihak yang berwajib di Malaysia berhati hati apabila berurusan dengan Singapura, ini adalah kerana mereka adalah licik dan mampu untuk menjatuhkan apa sahaja dan sesiapa sahaja dari takhta dan singgahsana samada secara terjun atau diturunkan dengan cara yang terhormat.

Pelbagai isu sudah kita tahu.. dan hubungan KJ (beruk mat yeh) dengan Singapura dan hubungan Abang Anwar dengan Singapura serta hubungan KJ dan Abang Anwar masih menjadi tanda tanya sehingga kini. AWAS AWAS dan AWAS.

Monday, November 29, 2010

JAMBATAN BENGKOK SUMBER EKONOMI NEGARA

Tourism industry provides at least 6% of the world's GDP and employes about 127 million of people around the world (Holloway, 2002). Sementara itu di Malaysia, sumbangan industri pelancungan telah melonjak dengan begitu tinggi kepada 9% daripada GDP (KDNK) dan daripada 2002 hingga 2004, sumbangan industri pelancungan adalah dari RM 13.3 billion kepada RM 30.0 Billion (annual tourism statistical report, 2004).

Berdasarkan kepada statistik yang ditunjukkan dan kajian ilmiah yang dijalankan oleh pihak pihak tertentu maka jelas sekali industri pelancungan akan memainkan peranan yang penting dalam menambahkan pendapatan negara, bukan hanya di Malaysia, bahkan negara negara maju seperti Perancis dan Britain juga mendapat pulangan yang tinggi dalam industri pelancungan. Sudah tentu ramai yang bertanya apa yang membuat industri pelancungan begitu melonjak dan menjadi pemangkin kepada ekonomi sesebuah negara???.

Jawapannya sudah tentu kelainan (Uniqueness), mana mungkin orang Malaysia melawat Perancis atau Britain kerana ingin melihat hutan atau ingin bermain pasir pantai yang bersih. Sudah tentu spot utama adalah ingin begambar di Effiel Tower dan London Bridge dan "Shopping". Begitu juga lah jika pelancung Perancis dan Britain ke Malaysia,sudah tentu mereka ingin melihat sesuatu yang tidak ada ditempat mereka, diantaranya KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan KTM, Puitrajaya,hutan tropika dan pantai yang menarik.

Tidak pernah terfikir mungkin dibenak fikiran kerajaan Perancis dan Britain bahawa setelah beratus tahun berlalu Effiel Tower dan London Bridge merupakan pusat pelancungan yang utama dan mendatangkan hasil yang utama kepada negara. Yang mana, pada masa pembinaanya dahulu masing masing adalah cuma merupakan sebagai gerbang masuk pameran untuk Effiel Tower dan London Bridge hanyalah sebagai pemghubung kepada 2 bahagian di London.

Berdasarkan kepada hakikat ini, saya berpendapat Jambatan Bengkok yangdicadangkan dan bakal menghubungi 2 negara jiran Malaysia dan Singapore akan menjadi tarikan pelancung yang begitu istimewa bahkan belum ada mana mana negara pun yang membina jambatan sedemikian rupa.

Siapa sangka Taj Mahal yang dibina atas dasar ingin menyatakan rasa kasih dan sayang akan menjadi monumen yang begitu laris untuk dikunjungi dan tiada siapa sangka Tembok Besar dan Tembok Berlin menjadi tumpuan pelancung. Senario yang sama mungkin akan terjadi kepada jambatan bengkok yang hanya merupakan expresi akan hubungan 2 negara jiran yang bertamaddun dan mungkin selepas beratus tahun dan selepas LKY dan anak anak mampus barulah manusia diantara 2 negara akan mengerti erti sebenar sebagai jiran, bukan hanya bersifat "KIASU".

Kalau dilihat secara logik, kanak kanak sekolah rendah pun akan bersetuju bahawa sebuah jambatan baru adalah perlu kerana tambak Johor sudah usang, lapuk dan mengotorkan air dan tidak menjadi spot pelancungan kepada kedua dua negara. Tetapi kerana sifat KIASU yang begitu tinggi dan cadangan pula datang dari Malaysia yang dianggap kurang bertamaddun maka ianya ditolak. Kalau singapura yang mencadangkan, maka orang Malaysia akan kata mereka adalah "brilliant".

Kalau kepimpinan Dollah Badawi tidak bersetuju, itu tidak menghairankan saya,kerana sifat kepimpinan beliau yang suka menggali benda lama sperti kitab lama, buku hijau dan segalanya. Tapi Ds Najib seharusnya menjadi pemimpin yang bersifat visionary dan transformartion leader dan boleh berfikir diluar kotak kebiasaan. Malaysia memerlukan pemimpin yang luarbiasa bukan yang pandai cakap tapi macam tong kosong.. kong kalikong dan kelentong (brader Anwar).

Saya amat yakin bahwa pembinaan jambatan baru tidak membazir sekurang kurangnya memudahkan uruasan perjalanan beribu umat manusia dan lebih yang lebih daripada ianya pasti akan menjadi satu mercu tanda yang akan menarik minat ramai pelacung ke negeri Johor.

Justeru itu, sayabersetuju jika jambatan baru di bina menggantikan tambak Johor, samada lurus atau bengkok itu tidak penting. Biar masa dan generasi yang akan datang menentukan akan nilainya yang saya yakin ianya adalah infiniti... lagi lama lagi mahal bro..

Mungkin pada masa itu, Johor begitu terkenal diserata dunia dan pelancung berjuta juta datang keJohor sambil menaiki bot melalui jambatan bengkok sepertimana orang Malaysia menaiki bot mengelilingi Effiel Tower sambil menghirup udara bersih dan pemadangan yang unik dan sudah tentu harga segelas teh tarik diatas bot akan beharga RM 15 ringgit segelas dan tambangnya adalah RM 50 untuk perjalanan sekitar 30 minit. Johor tidak perlu lagi berniaga air mentah dan menjual pasir kepada Singapura untuk menjana ekonomi negeri.


Ini adalah pandangan saya semata mata, yang lain lain tu..

Lu fikirlah sendiri.

Thursday, November 25, 2010

BAIK UNTUK MINDA- AGENCY THEORY


Agency theory suggests that the interests of principals and agents will not coincide. In the absence of either appropriate incentives, or sufficient monitoring, agents will be able to exercise their discretion to the detriment of principals (Alchian and Demsetz, 1972; Jensen and Meckling, 1976; Eisenhardt, 1989).

In the context of the modem corporation, agency theory has been applied to the relationship between managers and shareholders.

The argument is that owners wish to maximize profits, but that their designated agents (managers) may have neither the interest nor the incentive to do so (Berle and Means, 1932). As such, corporate performance depends in part on the ability of owners to effectively monitor and control managers.

Study conducted by Short (1994: 206) concludes that 'the majority of studies find some support for the managerial hypothesis that owner controlled( OC) firms should report higher profitability measures than manager controlled firms (MC) ...' Earlier surveys by Hunt (1986) and Vining and Board-man (1992) arrive at similar conclusions.


Banyak kajian yang dilakukan dalam hubungan diantara pemilik syarikat (Principal) dan pengurus (agent) yang dikenali sebagai “agency relationship theory”. Dengan pemahaman kepada agency theory juga kita dapat untuk lebih memahami kenapa berlaku ketirisan, rasuah, pecah amanah dalam mana mana organisasi atau pentadbiran kerajaan dimana mana di dunia ini dan Malaysia secara khususnya.

Secara umumnya adalah disebabkan perbezaan kehendak peribadi para penjalan dasar (agent) dan kepentingan yang digariskan oleh pembuat dasar (Principal). Pembuat dasar mahu melihat dasar dasar yang dijalankan mendatangkan kebaikan kepada rakyat secara yang optimun, dan pada waktu yang sama insentif insentif yang bersesuain dan pemantauan yang cekap hendaklah dilakukan. Ini adalah kerana apabila ganjaran yang tidak setimpal dan pemantauan yang lemah akan memberi peluang dan ruang kepada penjalan dasar (agent) untuk menjalankan dasar mengikut kepentingan peribadi dan kelompok.

Apakah ini bermakna gaji (upah) tinggi, maka penyelewengan kurang atau tiada? atau apakah mungkin gaji (upah) setimpal dan penguatkuasaan yang efektif maka penyelewengan kurang atau tiada? Kita tunggu 2020 apabila negara sudah maju.. mungkin semua persoalan akan terjawab dengan sendiri.

Namun begitu, berdasarkan kajian ilmiah yang dijalankan prestasi yang optimum dapat dicapai jika sekiranya pemantauan yang cekap dijalankan. Dalam kontek ini saya bependapat jika pihak yang berkuasa memainkan peranan yang optimum maka segala penyelewengan dan salah laku dapat dikurangkan. Ini adalah kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada (tamak) maka... ketirisan, pecah amanah dll akan terus berlaku.

Pada hemat saya apa yang berlaku sekarang adalah kepentingan peribadi tinggi dan pada waktu yang sama penguatkuasaan dan pemantaun adalah rendah justeru itu minat kepada penyelewengan adalah tinggi dan menjurus kepada kerugian dan persepsi yang buruk.

Nota: andaian saya adalah - semua kaum tidak kira apa agama bersetuju (universally), bahawa ketirisan, penyelewengan adalah nilai yang buruk.

Apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini adalah merupakan sikap mementingkan puak dan diri (self interest) lebih tinggi daripada ahli ahli marhaein. Dan yang lebih meyedihkan lagi apabila pihak penguatkuasa juga dibawah ketiak anwar & gang.



Lu fikir la sendiri......

Wednesday, September 29, 2010

HARGA RUMAH JAUH LEBIH MAJU

Tidak dapat dinafikan rumah (tempat tinggal/ berteduh) adalah merupakan perkara asas dalam kehidupan manusia. Harga rumah di Malaysia boleh dikatakan agak berpatutan pada tahun tahun sebelum ini. Namun begitu semenjak MEB dan transformation program yang di war warkan oleh DS Najib dan keinginan ingin mencapai perdapatan perkapita sebanyak 15,000 USD pada 2020, maka harga rumah telah melambung begitu tinggi. Sebagai contoh, untuk rumah teres 2 tingkat di puchong telah mencecah RM 480,000 - RM 700K dgn keluasan binaan 2000kps - 3300kps yang mana harga sebelum ni adalah sekitar RM 250- 500k sahaja. Rumah Semi-D berharga diantara RM 1.3 juta ke RM 2 juta dengan keluasan tanah 40 X 80 berbanding dahulu RM 700 - 900K.

Nota :Saya tidak hairan jika harga rumah atau kondo disekitar KL mencecah jutaan ringgit kerana permintaan dan harga tanah yang mahal serta "exclusivity".

Semasa diwawancara oleh BFM 89.9 baru baru ini, Presiden persatuan perumahan (sudah tentu cina) memberi alasan yang jelas tidak masuk akal, katanya kenaikan mendadak adalah disebabkab peningkatan harga barang dan kos pembinaan yang lain. Untuk makluman beliau index kenaikan harga barang tidak berlaku sepertimana yang beliau nyatakan dan ini adalah alasan semata semata.

Perkara utama yang berlaku pada pandangan saya hasil penilitian adalah disebabkan:

1. Polisi BNM (Bank negara Malaysia) yang memberi terlampau tinggi finanical margin (up to 90%) dan menyebabkan banyak pihak terutama "speculator" yang membeli dalam kuantiti yang banyak dan menjual balik dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu BNM harus mengurangkan financial margin untuk mengelakkan harga rumah dari terus meningkat, ini kerana masih ramai lagi yang tidak mampu untuk membeli rumah dan mempunyai kediaman yang sesuai. Financial margin 90% hanya kepada pembeli rumah pertama sahaja, maka dengan ini sekurang kurangnya setiap keluarga mampu untuk memiliki rumah yang sesuai dan bagi yang ingin membeli rumah kedua ,ketiga dan seterusnya harus lah yang betul betul berkemampuan.

2. Sikap tamak pemaju yang mengambil kesempatan hasil perkembangan ekonomi dan ingin mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Saya mampu untuk menjustifikasi kenyataan ini jika perlu.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berwajib untuk melihat isu ini dengan lebih serius kerana ianya adalah masalah asas kepada kehidupan manusia. Kerana apa yang berlaku adalah "negara belum maju tapi harga rumah jauh lebih maju".

Tuesday, August 3, 2010

INTERNATIONALIZATION OF SMEs; POLISI ATAU SIKAP

FDI (foreign direct investment) di Malaysia mengalami kejatuhan yang begitu signifikan (81%) pada tahun 2010 sebagaimana dilapurkan the Star yang merujuk kepada lapuran 'world inverstment report 2010 by united nation on trade and development".

Peranan FDI dalam menentukan perkembangan ekonomi sesebuah negara memang tidak dapat dinafikan, ini kerana pelaburan oleh pihak swasta adalah merupakan faktor utama dalam pengiraan GDP sesebuah negara selain daripada perbelanjaan kerajaan, rakyat dan lebihan dagangan diantara ekspot dan impot.

Pada waktu yang sama ekonomi Malaysia berada dalam suasana terperangkap dalam "middle income group trap", yang memerlukan satu perubahan yang lebih dinamik dan drastik demi untuk keluar dari belenggu yang terjadi. Persoalan yang timbul adalah apakah rakyat bersedia atau faham akan apa yang dialami sekarang ini? ini kerana tanpa kefahaman yang mendalam maka segala apa yang dilakukan oleh kerajaan akan menjadi ibarat "telan mati emak, luah mati bapa".

Diantara cara cara yang mungkin boleh diambil kerajaan adalah dengan mengalakkan lebih banyak pihak SME merebut pasaran luar negara ini kerana bilangan SME dan lain lain menembusi pasaran luar negara amat sedikit sekitar 2% daripada jumlah keseluruhan ekspot dunia berbanding dengan negara lain yang lebih maju seperti Singapora, Japan dan Korea yang melebihi angka 4% .

Kenapa ini terjadi? Apakah kerana polisi kerajaan yang tidak kondusif terhadap pasaran luar atau mungkin pasaran tempatan sudah cukup besar bagi SME dan lain lain untuk mencapai apa yang dikatakan "return above average return" atau sikap SME yang tidak mempunyai sikap dan tahap keushawanan yang mencukupi yang merangkumi sifat "risk taking, innovative and proactive", atau mungkin pengalaman atau pendedahan tentang pasaran luar negara yang tidak mencukupi yang menjadi halangan kerana faktor "foreign liability dan economic risk, atau newness liability.

Hubungkait diantara polisi dan sikap SME amat menarik untuk dikaji, kerana ini akhirnya akan memberikan masukan yang berguna kepada semua pihak terutama para usahawan, kerajaan dan akhirnya kepada semua rakyat marhain yang mengharapkan secupak beras untuk mengalas perut.

Sebagai tambahan ,apa yang menyedihkan dalam keadaan ekonomi yang agak tidak menentu ini, para ahli politik sibuk berpolitik dengan isu isu yang remeh temeh dan bersifat peribadi dan kelompok, sedangkan rakyat marhain terpaksa berkerah keringat mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.

Saturday, July 3, 2010

ORIENTASI PASARAN DAN PENCAPAIAN

Orientasi pasaran(Market orientation) adalah diantara pelbagai cara yang digunakan dalam perniagaan untuk meningkatkan jualan dan seterusnya menghasilkan prestasi kewangan sesebuah syarikat.

Ini adalah kerana" market orientation" adalah bersifat responsif kepada kehendak pasaran melalui pengumpulan maklumat dan seterusnya segala maklumat yang didapati digunakan dan diserapkan dalam sesebuah organisasi dan akhirnya menyediakan produk atau perkhidmatan sepertimana yang dikehendaki oleh pasaran.

Justeru itu mana mana organisasi yang pekak telinga dan buta mata dan tidak mahu mendengar atau melihat akan keadaan pasaran maka ianya tidak akan berdaya maju dan hanyut dalam arus persaingan yang kompetitif.

Gagsan 1 Malaysia yang di war warkan oleh DS Najib dengan slogan "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan adalah merupakan salah satu cara yang responsif oleh BN/UMNO untuk memenuhi akan kehendak rakyat setelah terkejut beruk dalam pilihanraya 2008.

Namun begitu pesaingnya (pakatan rakyat) setelah berjaya dengan strateginya memperlekehkan sistim kehakiman dan kewibawaan polis dan menjadikan MIC seolah seollah tidak relevan kepada kaum india sebelum PRU 12, Kini mereka lebih menekankan kepada usaha usaha untuk menjadi hero kepada kaum Cina dengan memperjuangkan pelbagai isu isu yang jelas membuatkan UMNO /BN begitu tertekan menyebabkan melayu begitu marah dan wujudnya PERKASA yang secara langsung telah mengambil peranan yang mana selama ini diperjuangkan oleh UMNO.

Permohonan maaf DS Anwar kepada kaum Yahudi seperti yang dilapurkan oleh akhbar akhbar utama adalah jelas menunjukkan bahawa DS Anwar cuba membuktikan bahawa beliau adalah lebih terbuka dan lebih memahami akan kehendak pasaran (market orientation). Walaupun ramai melayu yang marah akan sikap beliau dalam hal ini namun begitu diwaktu yang sama populariti beliau dikalangan bukan melayu semakin meningkat.

Ds Anwar tidak memerlukan sokongan orang melayu, kerana beliau yakin PAS dan penyokongnya akan tetap teguh seperti batu bersama Nik Aziz. Jika ini berjaya maka, saya yakin ramai yang akan terkejut beruk dalam PRU 13 yang akan datang termasuk "saudara hantu" yang memberi komen dalam tulisan saya sebelum ini.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, sikap pemimpin UMNO di peringkat bahagian terutama di Setiu adalah masih sama dan tidak berubah... masih ditakuk lama dan menggunakan strategi zaman dahulu kala ketika persaingan tidak begitu kompetitif.

Monday, June 21, 2010

NEGARA MAJU MODEL MANA?

Dalam 2 minggu yang lepas saya berpeluang melawat 6 buah negara eropah; holland, Belgium, German, Switzerland, Perancis dan England dan apa yang menyedihkan rata rata negara negara yang tersebut didalam keadaan ekonomi yang tidak membanggakan dimana peratus pengangguran yang tinggi sekitar 8 hingga 18%, kecuali German dan Switzerland yang mana keadaan negara mereka agak lebih stabil.

Di England sebagai contoh mengalami budget defisit sebanyak 165 billion pound (RM 600 billion) dan pengangguran sebanyak 18%. Sementara itu, di holland kadar pengangguran agak lebih rendah sekitar 8% namun begitu jumlah penduduk yang tidak mempunyai pasangan hidup akibat keruntuhan moral dan rumah tangga adalah sekitar 50% dan golongon main dubur (gay) sekitar 10% dan keadaan ini tentulah membimbangkan kerana akhirnya nanti sudah tidak ada generasi pelapis bagi sesuatu bangsa dimasa akan datang.

Akibat daripada ini, saya difahamkan Holland berkemungkinan akan mendapat Perdana Menteri baru dalam pilihanraya yang akan datang berbangsa Yahudi dan timbalan perdana menteri dari keturunan turki (kaum pendatang). Berdasarkan fakta fakta yang didapati amatlah jelas bahawa kemajuan negara tidak begitu bermakna jika sekiranya ramai rakyat yang berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

Justeru itu saya berpendapat penekanan hanya kepada meningkatkan pendapatan perkapita seperti yang di war warkan oleh kerajaan untuk mencapai USD 15,000 setahun harus difikirkan dan diteliti dengan sewajarnya, kerana apa yang penting adalah juga supaya majoriti rakyat dapat menikmati peluang hidup yang saksama dan mendapat pendapatan (bukan subsidi) serta pekerjaan.

Saya berpendapat negara maju ala Malaysia hendaklah mengambil kira faktor faktor sebegini sebelum ianya terlambat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat menceburi bidang perniagaan dan waktu yang sama pengekalan nilai nilai murni dalam masyarakat yang majmuk harus diberi penekanan yang serius.