Tuesday, December 7, 2010

ISU AIR SELANGOR -AKU KELIRU

Isu air di Selangor diantara Syabas dan kerajaan negeri dan mungkin juga kerajaan perseketutuan masih jauh dari berakhir. Ikhlas saya nyatakan disini saya kurang arif apa isu sebenarnya tentang air di Selangor ini. Isu mainan politik atau isu sebenar rakyat.

Namun begitu, biar saya ulas sedikit isu ini mengikut fahaman saya. Apa yang saya fahamkan mengenai air di Selangor ini adalah ianya telah diswastakan dengan tujuan unutuk meningkatkan kualiti air dan kebajikan perkerja pekerja syarikat syarikat yang terbabit dalam pengswastaan tersebut dan sudah tentu ada kos yang terlibat dalam proses menaikkan taraf loji dan penggantian paip baru untuk mengurangkan NRW (Non Revenue Water).

Apa yang saya tidak arif adalah:

1. Kos menaik taraf datang daripada siapa? geran atau syarikat yang mencari modal?

2. Kos menggantikan paip lama untuk NRW? dulu saya dengar cerita kementerian KTAK yang beri wang dan Syabas yang jalankan penggantian paip dengan perlantikan kontraktor kontraktor tertentu (Kecoh dulu sekejap, kerana ada kes kronisma dalam penggagihan kontrak)

3. Perjanjian tarif air, (isi kandung kontrak)?


Kita tinggal 3 perkara yang tersebut diatas. Maka ulasan saya adalah seperti dibawah:

1.Mari kita guna logik akal fikiran sebagai manusia yang ada ilmu. Air adalah perkara asas dalam kehidupan, tidak kira samada orang PKR, PAS atau BN memerlukan air untuk hidup. Air yang dibekalkan mestilah yang berkualiti mengikut standard tertentu dan harus diproses yang sudah tentu memerlukan wang.

2. Pengswastaan adalah merupakan satu mekanisma untuk mempercepatkan proses tranformasi tersebut dimana secara logiknya apabila diuruskan secara professional dan berlandaskan untung yang munasabah maka peningkatan tahap kerja akan lebih baik, dan pada waktu yang sama kerajaan tidak lagi perlu untuk memikirkan dalam soal mencari wang untuk kerja kerja tersebut dan ini bermakna pihak yang terbabit seharusnya tahu macamana dan bagaimana untuk menjalankan tugas yang diberikan. Dalam erti kata lain "private driven" yang biasanya pekerja akan mendapat lebih manfaat spt gaji, elaun dll, rakyat umum akan dapat perkhidmatan air yang berkualiti dan sudah tentu dengan bayaran yang lebih sedikit.

3. Setelah hampir 20 tahun di bumi Selangor ini saya belum pernah terfikir bahawa masalah ini akan wujud, kerana pada saya air disini adalah cukup dan harga yang berpatutan, bahkan setiap komplen yang dibuat Syabas akan tiba dalam jangkamasa waktu yang amat singkat. Dari segi ini saya memang memuji kecekapan pihak Syabas.

4. Cuma selepas 2008 saya ada terbaca iklan di subang Jaya yang berbunyi "Kembalikan Hak air kepada rakyat". Saya tidak faham apa maksud yang sebenarnya dan tidak mahu tahu pun. Kerana pada saya tiada apa yang perlu di kembalikan. Apakah mungkin kerana soal tarif air yang akan naik lagi dan terus naik hingga tidak mampu lagi untuk diminum oleh rakyat Selangor? Kalau ini persoalannya kenapa tidak berbincang dengan pihak Syabas dan lain lain badan yang terlibat. Apa perlu demonstrasi seolah olah dunia sudah mahu kiamat.. atau memang sudah dipolitikkan? Banyak lagi isu penting untuk rakyat Malaysia bersama fikir dan selesaikan.

5. Berbalik kepada pengswastaan tadi pulak. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tugas ini untuk meningkatkan taraf kualiti dan kakitangan mereka dan waktu yang sama mahu untung.. itu semua orang faham la. Tapi janganlah sampai mencekik leher kalau betul pun tarif air mahu dinaikkan. Kita kena ingat ini bahan asas bukan ada substitute products.. kalau boleh minum air kencing sebagai ganti ok jugak la.

6. Satu lagi cerita saya dengar kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam projek air yang datang dari Pahang dan kalau tidak terlibat Selangor dan KL dan Lembah klang akan kekurangan air . Yang ini apa hal pulak? tarif ke atau kuasa ke? atau hak ? atau politik?

Apa sai manusia sekarang banyak yang yang bodoh. Ini soal air kita mesti selesaikan.. soal bom nuklear,nikah kahwin, lembu kerbau pun orang boleh duduk bincang dan dapat selesaikan. Inikan pulak hal air kurang dari RM 50 sebulan untuk kegunaan biasa satu keluarga. Saya rasa yang pi demonstrasi tu pun tidak faham apa cerita sebenarnya cuma ikut ikut aja. Sebab ada budak belum akhil baligh dan lain lain. Politik Malaysia dah melampau menggunakan budak budak dsbnya. Ibu bapa kanak kanak ni tak de otak ke? tak kesian ke kat kanak kanak yg tidak faham apa erti hidup.

Hanya satu tidak boleh selesai.. PALESTIN DAN ISRAEL. Sebab ramai yang mengaku mereka lebih islam daripada umat islam yang lain dan akhirnya yang datang menghantar bantuan adalah orang yang bukan islam atau bukan sebangsa dengannya.

Soal air di Selangor ni kalau perlu kita panggil Amerika atau Israel, atau Australia atau mungkin Lee Kuan Yew datang dan selesaikan.

Lu fikirlah sendiri....

4 comments:

Anonymous said...

Aku pun kdang kadang keliru gak. Pada aku tiada masalah apa pun ngan air diselangor sekarang. Berbanding sebelum diurus ngan SYABAS. Dari segi kualiti dan perkhidmatan jauh kemajuannya. Kalau dulu sekejap kejap takde air pasal pecah sana, menyembur sini. Kualitinya...lau pagi nak masak air kene buka paip tu lama sikit biar keladaknya keluar. Kalau dipasang penapis berketul ketul karat besi keluar. Kadang2 batu pun ada. Baunya...kadang bau karat, kadang bau klorok.

Tapi sekarang aku rasa air Selangor begitu bersih dan jarang-jarang semput. Apa lagi yang nak di gaduhkan. Sepatutnya MB Selangor rasa bangga bukan nak berebut menguasainya. Walau prasarananya semua sudah sedia ada tapi bolehkah kerajaan negeri Selangor mengendalikannya sebagaimana SYABAS...atau mungkin akan jadi walasal balik asil.

Setiap peningkatan perkhidmatan pasti memerlukan penambahan kos. Pada rakyat Selangor berkorbanlah sikit. Tak jatuh miskin de. Sapa guna banyak bayarla banyak. Pada SYABAS jangan lah terlalu mementingkan keuntungan. Berpada pada...

Sebenarnya di Selangor ni siapa yang untung dengan pemberian air percuma ...PENDATANG LA..

Fikir...fikir la...

Double Y said...

Salam bro..

Saua sudah link kan blog saudara.. harap dapat bertukar pandangan dalam dunia blog. Terima kasih

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Double Y said...

Ulasan yang menarik.. banyak perkara saya dpt cedok dari ulasan saudara..

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Anonymous said...

Ulasan yang menarik. Sememangnya mengelirukan.

1. Kononnya nak selesai masalah di Selangor, kenapa demo di KL. ?

2. Kalau nak kekang kenaikan tariff air, kenapa Syarikat Air Selangor sahaja yg dilanyak ? Penang dan Kedah pun nak naik kan tariff Air. Kenapa tak demo di sana? memang politik lah ni.

3. Penduduk Selangor semua melayu ke? semua yg datang demo tu 100% melayu kecuali 2-3 Adun bukan melayu sebagai gembala lembu.

Aku keliru lahh.. arrrggghhhh!!!