Monday, January 17, 2011

HADIAH UNTUK ANDA

Nampak gaya PANTAU blog semakin laris. Mengikut lapuran terkini dari Top Ranking Online PANTAU blog menduduki tangga ke 134 berbanding tangga 149 dalam hujung Desember dan menaiki 3 tangga dari 3 hari yang lepas dari 137.

Ini satu pencapaian yang agak membanggakan dan semua ini adalah kerana sokongan pembaca dan mungkin juga isikandung paparan yang bersesuaian dengan selera pembaca.

Terima kasih diatas sokongan pembaca sekelian, namun begitu ingin Dzimba nyatakan disini bahawa kunjugan pembaca kebelakangan ini amat jauh berkurangan daripada sebelum ini walaupun ianya mencapai sasaran 500 sehari. Kenapa?

1. Adakah anda semua sudah jemu dengan tulisan Dzimba ? atau,

2.Anda semua sudah jatuh cinta dengan blog yang lain lain, sehingga lupa untuk melayari PANTAU yang setia pada anda semua?.

Biasa la adat berniaga ada pasang dan surutnya.. namun begitu apa yang penting..anda semua mendapat manfaat dan pilihan mengikut selera masing masing.

Kalau macam ini, isteri pun gembira tengok suami dia berblogging. haa heee haa.

Sekian, terima kasih

Dzimba

MARTABATKAN MELAYU SECARA MUDAH: satu analisa

Soal kegagalan orang melayu dalam mengejar ekonomi negara sentiasa menjadi topik panas dan menjadi duri dalam daging dalam negara kita Malaysia.

Isu isu sebegini juga menjadi topik dan peluru dalam setiap pilihanraya yang diadakan. Pelbagai ulasan dan dialog telah dilakukan dan dari tahun ke tahun ianya tetap jauh ketinggalan. persoalannya "KENAPA MELAYU GAGAL".

Mengikut satu kajian yang dijalankan dalam tahun 2008, jumlah melayu yang berada diluar bandar adalah sekitar 80% daripada jumlah keseluruhan dan sudah tentu majoriti daripada mereka adalah petani, nelayan dan berkerja sendiri sementara sebahagian kecil berkerja makan gaji.

Sementara kaum Cina cuma 8% berada diluar bandar dan kebanyakan daripada golongan ini juga adalah petani dan nelayan dan mungkin berniaga kecil kecilan.

Namun begitu berdasarkan pengamatan Dzimba yang lebih memburukkan keadaan sosio ekonomi adalah sikap kebanyakan Melayu yang berada di bandar yang banyak menghabiskan masa dengan bermain dam dan berborak kosong sementara menunggu padi masak atau menunggu bot berlabuh.

Kalau tidak percaya pi tengok orang melayu di Kelate dan Terengganu sebagai contoh...mungkin hanya 40% daripada usia mereka digunakan untuk betul betul kerja yang lain banyak dihabiskan masa dengan perkara perkara yang merugikan. Namun begitu tidak rugi jugak lah sebab mungkin syurga akan menjadi milik mereka kalaupun tidak ke neraka dahulu.

Justeru itu perbandingan produktiviti diantara kaum melayu dan Cina amat jauh sekali ini adalah kerana rata rata kaum Cina berada dibandar dan dengan hanya memandu teksi sekalipun beliau mungkin sudah jauh kedepan berbanding dengan kaum melayu tadi dari segi produktiviti penggunaan masa dalam menghasilkan wang dan ekonomi mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa (72%) Melayu makan gaji (14%) kerja sendiri, sementara Cina (62%) makan gaji dan (23%) kerja sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa kaum Cina lebih aktif dalam soal soal pembangunan ekonomi. Pendapatan isi rumah yang melebihi RM 10k dan keatas Melayu (Bumiputera) 15%, dan Cina 32% . Sementara itu kaum India juga menduduki peratusan yang lebih tinggi berbanding Melayu /Bumiputera sekitar 20%..hairan jugak yer. Ini adalah kerana ramai kaum Bumiputera berada jauh di pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak.

Kenapa ini terjadi? diantara faktor faktor yang lain adalah kerana memang salah orang putih la yang memberi peluang dan ruang yang begitu tinggi kepada kaum Cina semenjak sebelum merdeka lagi.. dimana kaum Cina diberi peluang menduduki kawasan lombong emas dan kawasan pertumbuhan ekonomi, India di estet dan melayu cuma berpuashati sebagai kakitangan kerajaan atau berada dikampung sebagai petani dan nelayan.

Justeru itu usaha kerajaan untuk membentuk balik polarisasi kaum dan peluang serta ruang ini bukanlah mudah kerana ianya memerlukan 'political will' dan juga perubahan sikap dari bangsa itu sendiri. Apatah lagi sekarang ini.. suasana politk negara yang begitu berkecamuk, maka yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu.

Namun begitu kalau ada anak yang secantik gambar diatas tu boleh la tahan ...silap silap haribulan dapat kahwin dengan orang kaya..maka selesai la juga masalah yang membelenggu fikiran. Mungkin ini juga satu cara untuk mengangkat martabat orang Melayu dengan jalan yang paling cepat dan mudah. dan saya yakin dengan ini juga gejala sosial dikalangan Melayu akan juga berkurangan. So..ibubapa yang diluar sana tu, benarkan lah anak anak anda berkahwin lebih daripada satu atau dua dengan orang orang yang berduit dan yang beragama la...hee hee

Friday, January 7, 2011

BUDAK REMBAU LAGI...

Kisah budak ini muncul lagi dalam berita kat internet.. terpandang aja berita sebegini, Dzimba tidak boleh duduk diam mesti mahu sentuh juga la sikit. Berita lanjut klik disini.

Dzimba tidak tahu dengan jelas apa tujuan MB Mat Hassan hendak jumpa budak ini? Mungkin:

1. Beliau akan berkata; 'kalau hendak berhenti tidak payah la kecoh kecoh.. berhenti sahaja la. Ramai lagi orang lain hendak jadi calun kat Rembau tu.

2. Beliau akan berkata;, kau ni apasai ? mahu apa? betul ke hendak berhenti atau kelentong?. Kalau hendak berhenti pun ok gak.. walaupun saya berasa sedih (bahasa politik).

3. Beliau akan berkata;, cuba la bawa bertenang fikir habis habis.. tapi elok juga kalau u hendak berhenti dan sambung belajar kerana u pun muda lagi. Nanti selepas 5 tahun lagi u balik la terus ambil tempat saya sebagai MB.

4. Beliau akan berkata; You ok bro.. kerja bagus, bijak dan mempunyai peluang, silap silap boleh jadi PM dan usia pun muda lagi. Namun begitu kalau u hendak juga berhenti juga, apa saya boleh buat? lagipun u pun masih muda, sambung belajar pun bagus juga.

Monday, January 3, 2011

PIRAMID vs LABU

Saya tertarik dengan ulasan blogger the Flying Kick yang mengisahkan tentang kenaikan harga barang barang keperluan dan yang terkini tentang kekurangan minyak masak. Mengikut The Flying Kick Ismail Sabri harus bermabus cepat kerana tindakan beliau yang agak lemah.

Saya tidak tahu keadaan sebenar tentang hal minyak masak ini. Akan tetapi banyak lagi perkara perkara lain yang selalu timbul terutama yang melibatkan keperluan asas untuk rakyat seperti gula, beras, petrol dan lain lain. Saya berharap menteri yang terbabit jangan pandang enteng akan perkara sebegini.

Ini adalah kerana majoriti rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya masih lagi dalam linkungan menengah rendah dan kebawah dan yang amat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan dan mereka rata rata tinggal dikampung apatah lagi yang tinggal dibandar besar seperti Selangor yang sudah tentu akan membebankan hidup mereka.

Kalau mengikut teori MASLOW, perkara asas adalah merupakan keperluan utama dalam hidup manusia (makan ,minum, pakaian), kemudian barulah soal soal keselamatan dan ingin memiliki, dan kemudian diikuti kehendak pengiktirafan dan kepuasan diri dan dihormati, berpangkat dan sebagainya. Kalau ikut susunan macam bentuk piramid. klik disini. Saya yakin ramai yang tahu dan faham akan teori ini.





Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah membentuk masyarakat dalam bentuk labu (pumpkin) iaitu biarlah ramai rakyat yang berada pada garisan tengah yang bulat dan pembahagian nampak lebih merata serta jurang yang tidak begitu jelas dan tidak seperti bentuk piramid.

Namun begitu ianya tidak lah semudah teori dan kata kata dan pelbagai cara dan pendekatan hendaklah dilakukan. Maka kurang lah isu demonstrasi hanya kerana perkara yang remeh temeh iaitu hal hal RM 2 atau RM 3.