Tuesday, May 1, 2012

MARI BERFIKIR SEJENAP

Salam semua pembaca.. blog pantau sudah lama bercuti dan sudah hampir 5 bulan tidak membuat apa apa paparan, ini adalah kerana agak sibuk dengan pelbagai hal akan tetapi Dzimba masih walafiat dan tidak terlibat dengan 'The Bersihit 3.0' yang baru berlalu. Sebagai permulaan kepada paparan selepas lima bulan menghilang Dzimba ingin mengambil kesempatan disini untuk mnegucapkan selamat hari perkerja dan tahniah diatas pengumuman terbaru oleh PM yang menetapkkan gaji minimum disemenanjung sebanyak RM 900 dan untuk sabah dan sarawak sebanyak RM 800. Dengan pengumuman ini maka amat jelaslah kerajaan begitu prihatin terhadap rakyat walaupun sebelum ini perbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan. Pengumuman gaji minimum yang terbaru sudah tentu memberi implikasi yang baik dan juga tidak baik dari sudut yang berbeza beza. Namun begitu , pada paparan ini kali ini ingin Dzimba nyatakan bahawa hanya negara yang mempunyai kestabilan politik sahaja yang mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan dan waktu yang sama memberi kenaikan gaji. Justeru itu Dzimba berharap para pekerja dan pencari pekerjaan wajib berfikir dan faham akan keadaan ini. Janganlah pula kerana gara gara segelintir kecil mereka yang mabuk kuasa dan cuba ingin memesongkan pemikiran rakyat dengan berdemonstrasi maka akibatnya ramai lagi rakyat yang inginkan kedamaian dan perkerjaan tergugat dan akibatnya hanya kemusnahan dan kesusahan yang sia sia menjelma. Amat menyedihkan juga apabila dimaklumkan ada sebahagian mahasiswa IPTA/IPTS yang turut serta dalam demonstrasi tersebut dan perbuatan mereka itu seolah olah "menabur pasir kedalam periuk nasi sendiri". Ini adalah kerana jika sesebuah kerajaan yang tidak stabil maka sudah tentu peluang pekerjaan akan berkurangan dan tempiasnya sudah tentu kena ke muka mereka sendiri dan yang lebih menyedihkan tempias ini akan turut dirasakan oleh mereka yang tidak teribat dalam demonstrasi tersebut, ibarat kata peparah melayu "gara gara seekor lembu membawa lumpur, maka habisnya semuanya terpalit". sekian selamat membaca dan jumpa lagi insyallah.

No comments: