Wednesday, December 12, 2012

KERANA PULUT SANTAN BINASA

                                                                                          

Salam semua, 

sudah lama tidak menulis maka dengan masa yang ada ini Dzimba ingin memberi sedikit maklumat terkini tentang pandangan akar umbi atau golongan pengundi atas pagar atau dalam sebutan lain 'golongan kelabu" terhadap PRU 13 yang tidak lama lagi akan menjelma.

Ini bukan cerita rekaan dan ianya adalah cerita benar. Dalam kehidupan harian Dzimba bertemu pelbagai latar belakang manusia dan bertukar tukar pandangan dalam pelbagai hal kehidupan dan amat menarik bila sebilangan mereka sudah memberi reaksi positif terhadap BN yang nampak lebih telus dan jujur dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan pada waktu yang sama kenyataan Nik Aziz terhadap melayu dan islam amat bercelaru. Ibarat kata pepatah " kerana pulut santan binasa dan kerana mulut undi tak merasa".

Secara peribadi Dzimba melihat begitu banyak kebaikan dan kebijaksanaan yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN dalam pelbagai sudut dan transformasi justeru itu tidak hairan lah kalau semakin ramai pihak yang sudah kembali memberi sokongan kepada BN untuk meneruskan agenda negara berbanding pakatan syaitan yang lebih kepada agenada parti dan individu tertentu.

Dzimba juga amat positif bahawa kelate mungkin jatuh ketangan BN dalam PRU 13 yang akan datang. Ini memandagkan ramai golongan muda yang sudah jemu dengan pemerintahan PAS selama lebih 22 tahun yang mana mereka tidak mempunyai peluang untuk menikmati kemakmuran ekonomi sepertimana negeri negeri lain di Malaysia.

Ramai diantara anak anak muda kelate yang terpaksa berhijrah ke bandar bandar lain hanya kerana untuk mencari sesuap nasi sedangkan jawatan atau perkerjaan yang mereka cari seharusnya senang didapati di negeri kelahiran mereka sendiri. Hatta walaupun gaji lebih rendah di kelate mereka lebih gembira kerana akan sentiasa bersama keluarga dan menjalanni kehidupan yang lebih selesa. 

Perkara perkara sedemikian berlaku kerana kegagalan pihak kerana negeri untuk membangun ekonomi dan meyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat pimpinan mereka.

Namun begitu pimpinan politik kelate wajib bersatu dan pada waktu yang sama kerajaan BN wajib mempastikan ketirisan atau persepsi rasuh terus turun. Jika tidak 'hanya kerana setitik nila maka rosaklah susu sebelanga". Maka sia sia lah segala perancangan yang baik oleh BN dan keinginan positif yang sudah ditunjukkan oleh rakyat.

No comments: