Tuesday, October 22, 2013

MUKHRIZ MENDAPAT BALASAN TAHI


Selesai sudah pemilihan UMNO dan keputusan semua sudah diketahui kecuali jawatan naib ketua pemuda yang akan ditentukan dalam waktu terdekat.

Keputusan yang diambil oleh ahli ahli UMNO adalah hampir sama sepertimana sebelum ini dan tiada apa yang boleh dibanggakan ataupun yang akan memberi impak positif kepada BN dalam menghadapi PRU ke 14 nanti, bahkan saya menjangkakan prestasi BN akan terus merundum. Saya menggunakan BN sebagai tanda aras adalah kerana UMNO adalah tunggak BN dan setiapkali pemilihan UMNO adalah sebenarnya untuk kemenangan BN dan bukan hanya untuk UMNO semata mata.

PRU 12 BN tewas teruk dan kepimpinan UMNO/BN diganti dengan Ds Najib dengan harapan untuk mengembalikan imej BN yang tercemar. Untuk itu Ds Najib membawa slogan "satu malaysia" dan menonjoklan diri sebagai "tranformation leader". Namun begitu ternyata idea beliau gagal sehinggakan prestasi BN semakin merundum dan nasib baiklah UMNO bangkit di Kedah dan salah seorang pemimpin baru yang muncul di Kedah adalah Mukhriz (dgn tidak menidakkan usaha juga datang drpd Basha dan lain lain pemimpin di Kedah termasuk faktor TDM) dan hakikatnya beliau sudah menyumbangkan kepada kemenangan BN untuk membentuk kerajaan.

Maka adalah tidak wajar jika ada PIHAK yang mempertikai, bahawa jasa mukhriz hanya sekadar untuk Kedah dan tidak sepertimana calun calun naib presiden yang lain yang kononnya sudah lama dan berkhidmat untuk negara. Pada saya, masa panjang atau pendek tidak penting, tp apa yang penting apa impak yang besar tuan tuan naib presiden mampu lakukan untuk kebaikan parti BN/UMNO dalam keadaan sekarang ini.

Namun begitu ahli UMNO tetap tidak nampak akan kelebihan ini. Dan apa yang mereka nampak adalah 'chai' dan harapan kepada curahan projek selepas pemilihan kepada bahlul bahlul di bahagian. Memang Mukhriz tidak mampu untuk mencurahkan projek kepada Pahang kerana kuasa beliau adalah setakat Kedah akan tetapi mampukah kerajaan dibentuk tanpa Kedah?.

Apa yang lebih mengecewakan saya adalah mukriz terpaksa berlawan dengan pelbagai ranjau dan halangan dimana presiden dan timbalan presiden tidak menyokong beliau di pekan dan pagoh dan pada waktu yang sama Khairy beruk dan sharizat lembu secara terbuka menyokong Hisham. Sikap begini adalah sama taraf macam taraf pemikiran ketua ketua bahagian dan cawangan yang cuba menyekat mana mana calun yanng mempunyai kebolehan....cittttttttt...memang celako, celako kata nik aziz.

Setelah gagal dalam PRU 13 saya tidak pernah mengkritik pentadbiran Ds Najib kerana saya beranggapan bahawa kegagalan Ds Najib dalam PRU 13 adalah kerana beliau terpaksa membawa pasukan gagal era Pak Lah dan Ds Najib mungkin ingin melakukan perubahan dengan muka baru yang lebih dinamik dan diterima oleh rakyat (bukan ahli UMNO sahaja yang akan mengundi dalam PRU14).
Peluang yang terbentang luas dalam pemilihan UMNO telah di sia siakan dan  Ds Najib gagal dalam melaksanakan tugas sebagai "transformation leader" dan akan berhadapan PRU 14 bersama pasukan yang "tewas" dalam PRU 13. Secara logiknya pasukan yang "tewas" dengan "coach" dan pemain yang sama akan berkemungkinan besar pasukan itu akan juga menghadapi masalah yang sama.

Kesimpulannya Mukriz mendapat tahi sebagai jasa dan bunga yang beliau berikan kepada BN/UMNO dan hishamuddin tetap menang kerana dibantu oleh sepupu dan sahabat akan tetapi PRU 14 rakyat tidak menilai sepupu dan sahabat akan tetapi menilai dari sudut realiti dan persepsi dan inilah kenyataan dalam politik yang bersifat 'intangible' atau 'non physical' dalam "service industry".








Thursday, June 13, 2013

APA CINA MAHU: TERSURAT DAN TERSIRAT


APA CINA MAHU?  ini lah diantara kenyataan yang menjadi kontroversi apabila utusan malaysia meyiarkan dalam paparan depan surat khabar tersebut selepas PRU 13 yang baru berlalu. Maka terdapat juga sebahagian melayu yang kurang senang dengan paparan tersebut dan sudah tentu paparan sedemikian tidak disenangi oleh DAP dan sekutunya.

Pada pandangan saya pertanyaan sedemikian adalah wajar dilakukan oleh utusan malaysia kerana sebagai sebuah akhbar yang meyokong  parti yang memerintah adalah wajar bagi mereka untuk mengetahui apa yang mereka mahu maka dengan itu segala tindakan boleh dilakukan untuk kebaikan semua kaum. 

Hasil anasila saya secara rambang bersama teman teman yang pelbagai kaum dan latarbelakang. maka dapat saya simpulkan kemahuan cina terbahagi kepada dua kategori iaitu yang tersurat dan tersirat. diantaranya:

1. Yang tersurat; iaitu sesuatu yang dinyatakan secara umum kepada para pengundi.

- Cina mahu rasuah dibanteraskan dan mahu menukarkan kerajaan yang lebih bersih
- Cina mahu kemasukkan rakyat asing di kawal kerana ini menjadi negara tidak selamat dan berlaku perompakan dan kecurian.
- Cina mahu ekonomi di berikan secara adil saksama
- Cina mahu pendidikan di berikan secara adil dan saksama.

Berdasarkan kepada kemahuna Cina yang tersurat diatas maka jelas seolah olah kaum Cina adalah satu kaum yang begitu hebat jati dirinya. Apa yang mereka tuntut adalah baik dan bagus pada pandangan sesiapa sahaja. Akan tetapi apakah yang tersirat disebalik permintaan tersebut juga perlu dikaji dan selidiki dengan teliti. Apa yang tersirat adalah:

2. Yang tersirat; iaitu yang tidak dinyatakan secara khusus akan tetapi lebih mempunyai serampang dua mata.

- Dalam soal rasuah Cina merujuk kepada pembahagian kontrak kerajaan yang kononnya banyak berlaku rasuah. Sedangkan dalam kehidupan harian apa yang nyata adalah Cina merupakan pengajar utama dan penyumbang utama dalam rasuah kontrak. Jadi apa yang mereka mahu sebenarnya adalah supaya tidak wujud lagi keistimewaan bumiputra untuk mendapat projek dan mereka boleh secara langsung memasuki tender dan berurusan terus dengan pihak pemberi kontrak dan tidak perlu lagi menggunakan syarikat bumiputra dimana mereka terpaksa menjadi sub kontraktor kepada kontraktor utama.

- Dalam soal kemasukan rakyat asing juga motifnya adalah sama, ini adalah kerana kemasukan rakyat asing ke negara ini kebanyakannya berkerja di syarikat syarikat milik Cina. Ramai "mahasiswa" asing yang memasuki negara ini pun belajar di institusi swasta milik Cina. Tukang urut dan pelacur dari Cina, vietnam dan segalanya berkerja dengan syarikat milik Cina. Jadi apa yang Cina mahu adalah keistimewaan unutk mereka berurusan sendiri tanpa sekatan sekatan yang munasabah dan melancarkan 'bisnis' haram mereka.

- Dalam soal ekonomi dan penididikan motifnya adalah juga sama. Mereka mahu segala gala dalam kawalan mereka dan justeru itu tiada lagi keistimewaan kaum bumiputra yang pada mereka menyekat akan kelancaran mereka untuk mengaut keuntungan. Walaupun pada hakikatnya mereka telah diberikan plebagai keistimewaan dalam soal pendidikan melalui bantuan dan biasiswa kepada yang layak dan tidak pernah tertinggal dalam soal pemilikan ekonomi di malaysia ini.

Secara umumnya adalah Cina mahu segala galanya dalam kawalan mereka dan mahu segala "keistimewaan" yang ada pada orang melayu dan Bumiputra adalah dihapuskan. Dan mereka menggunakan PAS dan PKR sebagai rakan 'alibaba" nya untuk mencapai tujuan tersebut dan pada waktu yang sama PKR dan PAS merasakan mereka boleh menggunakan sentimen ini untuk mendapat undi Cina dalam pilihanaraya yang baru berlalu. Ha ha ha ha selamat berpolitik.

Akhir sekali, saya ingin maklumkan bahawa paparan ini bukan bertujuan untuk menimbulkan isu perkauman dan ianya adalah analisa dan panadangan saya sendiri melalui perbualan bersama rakan dari pelbagai kaum. 

Tuesday, March 5, 2013

JAMBATAN RUNTUH DAN SCIENCE PARK 2


Inilah gambar terkini tentang jambatan runtuh yang berlaku di persimpangan jalan masuk ke science park2 Cyber jaya , putra perdana/ aman putra/ nusaputra serta jalan yang menyambung ke MEX highway to Kuala Lumpur. Kejadian yang berlaku dalam seminggu yang lalu tidak mencederakan manusia secara fisikal akan tetapi telah mencederakan hati dan perasaan penduduk sekitar dan malaysia amnya.

Jambatan ini adalah merupakan nadi utama bagi penduduk disekitar untuk keluar masuk kearah Kuala Lumpur, KLIA, Shah Alam dan ke utara subang jaya dan Ipoh.

Hasil pemerhatian yang merupakan pengguna jambatan itu semenjak ianya dibuka kepada laluan dalam beberapa tahun secara tidak rasmi keadaannya memang tidak pernah stabil dan sentiasa ada sahaja masalah, namun begitu saya amat bersyukur kerana pihak JKR dan PLUS telah mengambil langkah bijak dengan menutup jalan tersebut terlebih awal dan apabila kejadian runtuh berlaku ianya memang sudah tidak digunakan justeru itu tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Apa yang pasti keruntuhan jambatan ini juga jelas menunjukkan kegagalan pihak PKNS sebagai pemaju dalam memberikan pekhidmatan yang terbaik kepada rakyat . Apakah ini juga tanda tanda akan kejatuhan kerajaan PKR di Selangor dalam PRU 13?. Kemana pergi kepakaran para jurutera dan penyelia semua? melihat kepada skala projek tersebut bukanlah canggih sangat dan ianya cuma jambatan biasa yang merentangi highway dan di buat dalam kawasan yang agak berpaya. Maka, saya amat hairan bagaimana pembinaan sebuah jambatan yang sebegini mudah boleh runtuh sedangkan malaysia sudah terkenal dengan pelbagai pembinaan jambatan jambatan dan bangunan yang lebih canggih dan sukar dari segi kejuruteraannya.

Apakah ada kebocoran dan ketirisan semasa pembinaan ini dijalankan ? Sedangkan dalam mana mana pembinaan setiap stage pembinaan sudah pasti ada pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak quality control sebelum kerja kerja lain dapat dilakukan ataupun memang berlaku rasuh maka aspek aspek kualiti diabaikan ???.

Keruntuhan jambatan ini akan merugikan pembangunan di sekitarnya dan saya difahamkan bahwa pelbagai projek di sekitar scince park 2 tidak berjalan seperti yang dirancangkan dan banyak projek2 yang ditangguhkan kerana gara2 pemerintahan PKR yang tidak cekap dan secara langsung akan memberi kerugian dari segi perkrjaan kepada penduduk sekitar.

Saya yakin jika PKR dan pakatan haram terus memerintah selangor selepas PRU 13 maka projek scinece park2 yang dirancangkan oleh pemerintahan BN terdahulu akan hanya tinggal janji dan akhirnya ramai rakyat yang akan rugi kerana tidak dapat menikamati dan turut serta dalam permbangunan tersebut.

TEPUK DADA TANYA SELERA.

Monday, March 4, 2013

KIRAN AND THE GANG



Sedar tak sedar sudah 5 orang anggota VAT 69 yang terkorban gara gara situa yang dahaga kan kuasa. Berapa lagi akan terkorban dimana mana pihak kita belum pasti. Apa yang pasti jua kerosakan telah dilakukan samada dari segi bangsa dan juga agama. Mereka semua adalah seagama dan boleh dikategori kan sebangsa dengan majoriti rakyat Malaysia. Memang sedih dan kecewa perkara seumpama sebegini berlaku.

Pelbagai tohmahan dan permainan politik dimainkan terutama oleh pihak pembangkan PKR yang kononnya in permainan politik BN yang merupakan Pre emptive statergi oleh pihak PKR kerana mereka tahu bahawa "lada yang dimakan beliau sudah menjadi peda"s dan saya tidak hairan kalau berita dari Philipina mengaitkan Anwar Ibrahim dalam hal ini. Ini adalah kerana jelas sekali beliau sudah terdesak dan menginginkan satu keadaan yang tidak stabil berlaku di Malaysia amnya dan Sabah Khususnya.

Saya dan ramai lagi kawan2 dan rakyat Malaysia berharap agar kerajaan jangan terlalu berlembut dan terus meneruskan dengan pelbagai cara yang patut untuk menumpaskan pengganas ini dan jika perlu satu Pre Emptive action harus diambil dengan menyerang kubu mereka di kepulauan filipina dengan kerjasama kerajaan filipina atau lain lain kaedah yang sesuai.

Jikalau dibiarkan beterusan saya yakin kumpulan pengganas ini akan semakin berani akan menmbuat pelbagai lagi tindakan yang merugikan negara di kaca mata dunia dan rakyat.

Akhir kalam saya ingin mengucapkan Al fathihah kepada pejuang negara yang terkorban dan semuga medapat pembalasan yang baik.