Tuesday, March 5, 2013

JAMBATAN RUNTUH DAN SCIENCE PARK 2


Inilah gambar terkini tentang jambatan runtuh yang berlaku di persimpangan jalan masuk ke science park2 Cyber jaya , putra perdana/ aman putra/ nusaputra serta jalan yang menyambung ke MEX highway to Kuala Lumpur. Kejadian yang berlaku dalam seminggu yang lalu tidak mencederakan manusia secara fisikal akan tetapi telah mencederakan hati dan perasaan penduduk sekitar dan malaysia amnya.

Jambatan ini adalah merupakan nadi utama bagi penduduk disekitar untuk keluar masuk kearah Kuala Lumpur, KLIA, Shah Alam dan ke utara subang jaya dan Ipoh.

Hasil pemerhatian yang merupakan pengguna jambatan itu semenjak ianya dibuka kepada laluan dalam beberapa tahun secara tidak rasmi keadaannya memang tidak pernah stabil dan sentiasa ada sahaja masalah, namun begitu saya amat bersyukur kerana pihak JKR dan PLUS telah mengambil langkah bijak dengan menutup jalan tersebut terlebih awal dan apabila kejadian runtuh berlaku ianya memang sudah tidak digunakan justeru itu tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Apa yang pasti keruntuhan jambatan ini juga jelas menunjukkan kegagalan pihak PKNS sebagai pemaju dalam memberikan pekhidmatan yang terbaik kepada rakyat . Apakah ini juga tanda tanda akan kejatuhan kerajaan PKR di Selangor dalam PRU 13?. Kemana pergi kepakaran para jurutera dan penyelia semua? melihat kepada skala projek tersebut bukanlah canggih sangat dan ianya cuma jambatan biasa yang merentangi highway dan di buat dalam kawasan yang agak berpaya. Maka, saya amat hairan bagaimana pembinaan sebuah jambatan yang sebegini mudah boleh runtuh sedangkan malaysia sudah terkenal dengan pelbagai pembinaan jambatan jambatan dan bangunan yang lebih canggih dan sukar dari segi kejuruteraannya.

Apakah ada kebocoran dan ketirisan semasa pembinaan ini dijalankan ? Sedangkan dalam mana mana pembinaan setiap stage pembinaan sudah pasti ada pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak quality control sebelum kerja kerja lain dapat dilakukan ataupun memang berlaku rasuh maka aspek aspek kualiti diabaikan ???.

Keruntuhan jambatan ini akan merugikan pembangunan di sekitarnya dan saya difahamkan bahwa pelbagai projek di sekitar scince park 2 tidak berjalan seperti yang dirancangkan dan banyak projek2 yang ditangguhkan kerana gara2 pemerintahan PKR yang tidak cekap dan secara langsung akan memberi kerugian dari segi perkrjaan kepada penduduk sekitar.

Saya yakin jika PKR dan pakatan haram terus memerintah selangor selepas PRU 13 maka projek scinece park2 yang dirancangkan oleh pemerintahan BN terdahulu akan hanya tinggal janji dan akhirnya ramai rakyat yang akan rugi kerana tidak dapat menikamati dan turut serta dalam permbangunan tersebut.

TEPUK DADA TANYA SELERA.

No comments: