Tuesday, March 5, 2013

JAMBATAN RUNTUH DAN SCIENCE PARK 2


Inilah gambar terkini tentang jambatan runtuh yang berlaku di persimpangan jalan masuk ke science park2 Cyber jaya , putra perdana/ aman putra/ nusaputra serta jalan yang menyambung ke MEX highway to Kuala Lumpur. Kejadian yang berlaku dalam seminggu yang lalu tidak mencederakan manusia secara fisikal akan tetapi telah mencederakan hati dan perasaan penduduk sekitar dan malaysia amnya.

Jambatan ini adalah merupakan nadi utama bagi penduduk disekitar untuk keluar masuk kearah Kuala Lumpur, KLIA, Shah Alam dan ke utara subang jaya dan Ipoh.

Hasil pemerhatian yang merupakan pengguna jambatan itu semenjak ianya dibuka kepada laluan dalam beberapa tahun secara tidak rasmi keadaannya memang tidak pernah stabil dan sentiasa ada sahaja masalah, namun begitu saya amat bersyukur kerana pihak JKR dan PLUS telah mengambil langkah bijak dengan menutup jalan tersebut terlebih awal dan apabila kejadian runtuh berlaku ianya memang sudah tidak digunakan justeru itu tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Apa yang pasti keruntuhan jambatan ini juga jelas menunjukkan kegagalan pihak PKNS sebagai pemaju dalam memberikan pekhidmatan yang terbaik kepada rakyat . Apakah ini juga tanda tanda akan kejatuhan kerajaan PKR di Selangor dalam PRU 13?. Kemana pergi kepakaran para jurutera dan penyelia semua? melihat kepada skala projek tersebut bukanlah canggih sangat dan ianya cuma jambatan biasa yang merentangi highway dan di buat dalam kawasan yang agak berpaya. Maka, saya amat hairan bagaimana pembinaan sebuah jambatan yang sebegini mudah boleh runtuh sedangkan malaysia sudah terkenal dengan pelbagai pembinaan jambatan jambatan dan bangunan yang lebih canggih dan sukar dari segi kejuruteraannya.

Apakah ada kebocoran dan ketirisan semasa pembinaan ini dijalankan ? Sedangkan dalam mana mana pembinaan setiap stage pembinaan sudah pasti ada pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak quality control sebelum kerja kerja lain dapat dilakukan ataupun memang berlaku rasuh maka aspek aspek kualiti diabaikan ???.

Keruntuhan jambatan ini akan merugikan pembangunan di sekitarnya dan saya difahamkan bahwa pelbagai projek di sekitar scince park 2 tidak berjalan seperti yang dirancangkan dan banyak projek2 yang ditangguhkan kerana gara2 pemerintahan PKR yang tidak cekap dan secara langsung akan memberi kerugian dari segi perkrjaan kepada penduduk sekitar.

Saya yakin jika PKR dan pakatan haram terus memerintah selangor selepas PRU 13 maka projek scinece park2 yang dirancangkan oleh pemerintahan BN terdahulu akan hanya tinggal janji dan akhirnya ramai rakyat yang akan rugi kerana tidak dapat menikamati dan turut serta dalam permbangunan tersebut.

TEPUK DADA TANYA SELERA.

Monday, March 4, 2013

KIRAN AND THE GANG



Sedar tak sedar sudah 5 orang anggota VAT 69 yang terkorban gara gara situa yang dahaga kan kuasa. Berapa lagi akan terkorban dimana mana pihak kita belum pasti. Apa yang pasti jua kerosakan telah dilakukan samada dari segi bangsa dan juga agama. Mereka semua adalah seagama dan boleh dikategori kan sebangsa dengan majoriti rakyat Malaysia. Memang sedih dan kecewa perkara seumpama sebegini berlaku.

Pelbagai tohmahan dan permainan politik dimainkan terutama oleh pihak pembangkan PKR yang kononnya in permainan politik BN yang merupakan Pre emptive statergi oleh pihak PKR kerana mereka tahu bahawa "lada yang dimakan beliau sudah menjadi peda"s dan saya tidak hairan kalau berita dari Philipina mengaitkan Anwar Ibrahim dalam hal ini. Ini adalah kerana jelas sekali beliau sudah terdesak dan menginginkan satu keadaan yang tidak stabil berlaku di Malaysia amnya dan Sabah Khususnya.

Saya dan ramai lagi kawan2 dan rakyat Malaysia berharap agar kerajaan jangan terlalu berlembut dan terus meneruskan dengan pelbagai cara yang patut untuk menumpaskan pengganas ini dan jika perlu satu Pre Emptive action harus diambil dengan menyerang kubu mereka di kepulauan filipina dengan kerjasama kerajaan filipina atau lain lain kaedah yang sesuai.

Jikalau dibiarkan beterusan saya yakin kumpulan pengganas ini akan semakin berani akan menmbuat pelbagai lagi tindakan yang merugikan negara di kaca mata dunia dan rakyat.

Akhir kalam saya ingin mengucapkan Al fathihah kepada pejuang negara yang terkorban dan semuga medapat pembalasan yang baik.