Tuesday, October 22, 2013

MUKHRIZ MENDAPAT BALASAN TAHI


Selesai sudah pemilihan UMNO dan keputusan semua sudah diketahui kecuali jawatan naib ketua pemuda yang akan ditentukan dalam waktu terdekat.

Keputusan yang diambil oleh ahli ahli UMNO adalah hampir sama sepertimana sebelum ini dan tiada apa yang boleh dibanggakan ataupun yang akan memberi impak positif kepada BN dalam menghadapi PRU ke 14 nanti, bahkan saya menjangkakan prestasi BN akan terus merundum. Saya menggunakan BN sebagai tanda aras adalah kerana UMNO adalah tunggak BN dan setiapkali pemilihan UMNO adalah sebenarnya untuk kemenangan BN dan bukan hanya untuk UMNO semata mata.

PRU 12 BN tewas teruk dan kepimpinan UMNO/BN diganti dengan Ds Najib dengan harapan untuk mengembalikan imej BN yang tercemar. Untuk itu Ds Najib membawa slogan "satu malaysia" dan menonjoklan diri sebagai "tranformation leader". Namun begitu ternyata idea beliau gagal sehinggakan prestasi BN semakin merundum dan nasib baiklah UMNO bangkit di Kedah dan salah seorang pemimpin baru yang muncul di Kedah adalah Mukhriz (dgn tidak menidakkan usaha juga datang drpd Basha dan lain lain pemimpin di Kedah termasuk faktor TDM) dan hakikatnya beliau sudah menyumbangkan kepada kemenangan BN untuk membentuk kerajaan.

Maka adalah tidak wajar jika ada PIHAK yang mempertikai, bahawa jasa mukhriz hanya sekadar untuk Kedah dan tidak sepertimana calun calun naib presiden yang lain yang kononnya sudah lama dan berkhidmat untuk negara. Pada saya, masa panjang atau pendek tidak penting, tp apa yang penting apa impak yang besar tuan tuan naib presiden mampu lakukan untuk kebaikan parti BN/UMNO dalam keadaan sekarang ini.

Namun begitu ahli UMNO tetap tidak nampak akan kelebihan ini. Dan apa yang mereka nampak adalah 'chai' dan harapan kepada curahan projek selepas pemilihan kepada bahlul bahlul di bahagian. Memang Mukhriz tidak mampu untuk mencurahkan projek kepada Pahang kerana kuasa beliau adalah setakat Kedah akan tetapi mampukah kerajaan dibentuk tanpa Kedah?.

Apa yang lebih mengecewakan saya adalah mukriz terpaksa berlawan dengan pelbagai ranjau dan halangan dimana presiden dan timbalan presiden tidak menyokong beliau di pekan dan pagoh dan pada waktu yang sama Khairy beruk dan sharizat lembu secara terbuka menyokong Hisham. Sikap begini adalah sama taraf macam taraf pemikiran ketua ketua bahagian dan cawangan yang cuba menyekat mana mana calun yanng mempunyai kebolehan....cittttttttt...memang celako, celako kata nik aziz.

Setelah gagal dalam PRU 13 saya tidak pernah mengkritik pentadbiran Ds Najib kerana saya beranggapan bahawa kegagalan Ds Najib dalam PRU 13 adalah kerana beliau terpaksa membawa pasukan gagal era Pak Lah dan Ds Najib mungkin ingin melakukan perubahan dengan muka baru yang lebih dinamik dan diterima oleh rakyat (bukan ahli UMNO sahaja yang akan mengundi dalam PRU14).
Peluang yang terbentang luas dalam pemilihan UMNO telah di sia siakan dan  Ds Najib gagal dalam melaksanakan tugas sebagai "transformation leader" dan akan berhadapan PRU 14 bersama pasukan yang "tewas" dalam PRU 13. Secara logiknya pasukan yang "tewas" dengan "coach" dan pemain yang sama akan berkemungkinan besar pasukan itu akan juga menghadapi masalah yang sama.

Kesimpulannya Mukriz mendapat tahi sebagai jasa dan bunga yang beliau berikan kepada BN/UMNO dan hishamuddin tetap menang kerana dibantu oleh sepupu dan sahabat akan tetapi PRU 14 rakyat tidak menilai sepupu dan sahabat akan tetapi menilai dari sudut realiti dan persepsi dan inilah kenyataan dalam politik yang bersifat 'intangible' atau 'non physical' dalam "service industry".








Thursday, October 20, 2011

CUCI MINDA SEKEJAP; bukan cerita hantu

Bersama ini Dzimba sertakan pautan yang menceritakan bagaimana hendak membaut strategi (shaping strategy) dalam dunia perniagaan yang turut mengambil kira 'the 5 competitive forces" yang diperkenalkan oleh M. Porter.

Walaupun hal ini disebut untuk perniagaan, namun begitu ianya juga berguna kalau di applikasikan dalam politik yang Dzimba selalu mengumpamakan politik sebagai perniagaan industri perkhidmatan (services).

Selamat membaca.. kalau tidak faham ,tak dapet nak nolong.


untuk membaca lanjut klik disini. kalau tidak mahu, tidak payah klik ok.