Monday, January 3, 2011

PIRAMID vs LABU

Saya tertarik dengan ulasan blogger the Flying Kick yang mengisahkan tentang kenaikan harga barang barang keperluan dan yang terkini tentang kekurangan minyak masak. Mengikut The Flying Kick Ismail Sabri harus bermabus cepat kerana tindakan beliau yang agak lemah.

Saya tidak tahu keadaan sebenar tentang hal minyak masak ini. Akan tetapi banyak lagi perkara perkara lain yang selalu timbul terutama yang melibatkan keperluan asas untuk rakyat seperti gula, beras, petrol dan lain lain. Saya berharap menteri yang terbabit jangan pandang enteng akan perkara sebegini.

Ini adalah kerana majoriti rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya masih lagi dalam linkungan menengah rendah dan kebawah dan yang amat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan dan mereka rata rata tinggal dikampung apatah lagi yang tinggal dibandar besar seperti Selangor yang sudah tentu akan membebankan hidup mereka.

Kalau mengikut teori MASLOW, perkara asas adalah merupakan keperluan utama dalam hidup manusia (makan ,minum, pakaian), kemudian barulah soal soal keselamatan dan ingin memiliki, dan kemudian diikuti kehendak pengiktirafan dan kepuasan diri dan dihormati, berpangkat dan sebagainya. Kalau ikut susunan macam bentuk piramid. klik disini. Saya yakin ramai yang tahu dan faham akan teori ini.





Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah membentuk masyarakat dalam bentuk labu (pumpkin) iaitu biarlah ramai rakyat yang berada pada garisan tengah yang bulat dan pembahagian nampak lebih merata serta jurang yang tidak begitu jelas dan tidak seperti bentuk piramid.

Namun begitu ianya tidak lah semudah teori dan kata kata dan pelbagai cara dan pendekatan hendaklah dilakukan. Maka kurang lah isu demonstrasi hanya kerana perkara yang remeh temeh iaitu hal hal RM 2 atau RM 3.

No comments: