Monday, December 27, 2010

GENIUS vs EO; isu penting negara


Sahabat saya melalui blog beliau Sri Tri Buana mengulas mengenai keputusan peperiksaan PMR yang baru diumumkan baru baru ini. Beliau berpendapat bahawa keputusan kecemerlangan tidak begitu penting dan apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk melahirkan para pelajar yang genius dan beliau memberi beberapa manusia genius sebagai contoh diantaranya Einstein dan Bill Gates. Ulasan penuh beliau klik disini

Sebelum saya menghurai lanjut maka disini saya sertakan pautan yang menjelaskan maksudnya tersendiri tentang kedua dua perkataan tersebut: Definisi genius klik disini, sementara itu Definisi innovatif klik disini.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau faktor persekitaran akan membuat seseorang itu kreatif dan sistim pembelajaran serta mentaliti orang malaysia rata rata adalah 'exam oriented' atau pun "A oriented".

Dimana si pencipta A dianggap bijak dan pandai dan yang lain lain adalah lemah. Sebenarnya dalam realiti kehidupan adalah berbeza beza. Kadang kadang si pencipta A tidak mampu untuk hidup dengan cemerlang, gemilang dan terbilang berbanding dengan si pencipta B yang lebih berjaya kerana sifat peribadi yang lebih inovatif dan kreatif.

Beliau menggunakan tandaaras ekonomi sebagai menjustifikasikan ulasan beliau dimana kejayaan Bill gates dan pencipta Facebook sebagai sandaran.

Saya berpendapat, Malaysia tidak perlu untuk mengeluarkan begitu ramai genius dan manusia genuis bukan boleh dikeluarkan sepertimana kilang mengeluarkan biskut atau sebagainya, dan manusia yang genius memang tidak ramai diatas muka dunia.

Apa yang Malaysia perlu, adalah mengeluarkan lebih ramai pelajar yang bersifat inovatif dan kreatif, proaktif dimana dengan mealahirkan manusia seperti ini maka mereka mereka sebegini tidak terlalu bergantung kepada pertolongan dan kebiasaannya mereka sebegini lebih berdikari dan lebih berjaya dari segi kehidupan kalau tanda aras ekonomi digunakan sebagai ukuran.

Sifat yang kreatif, innovatif, proaktif dan dicampur dengan sifat sifat seperti bersedia untuk mengambil risiko maka akan lahir lah manusia yang bersifat 'entrepreneurial orientation" (berorientasi keushawanan).

Apabila siafat sifat tadi wujud maka kita akan dapat bukan hanya pencipta A tetapi para pencipta B dan lain lain yang mana akhirnya:

1. Jika ada yang menceburi perniagaan maka meraka akan menjadi peniaga yang berdaya maju dan bukan peniaga yang hanya tahu melobi dan mengambil komisen sahaja dan 'Alibaba".

2. Jika mereka sudah bekerja dalam mana mana organisasi, maka mereka mereka tadi bukan hanya penunggu arahan atau penunggu gaji diakhir bulan sahaja.

3. Jika mereka menjadi pentadbir dalam jabatan kerajaan, maka mereka mereka tadi akan menjadi pencetus idea dan menjadi kakitangan yang cekap dan sentiasa berkhidmat dengan penuh inovatif dan proaktif dalam melaksankan polisi kerajaan.

Pada pandangan saya sang genius tidak semestinya mampu menjadi seseorang yang berjaya dalam mencipta ekonomi, sang genius hanya mungkin mampu berkerja di jabatan R&D dan kita memerlukan entreprenuer untuk menjadikan ciptaaan sang genius tadi sebagai wang wang wang dan ekonomi. Atau sekurang kurang menjadi pentadbir yang sentiasa peka dalam melaksanakan kerja mereka.

Sekian serba sedikit sebagai ulasan, kalau mahu diulas dalam perkara perkara sebegini ianya amat panjang dan berjela jela. Bersama ini saya sertakan link yang mendefinisikan dan menjelaskan maksudnya yang tersendiri tentang "entrepreneurial orientation", klik disini.

Nota: Dalam ulasan ini hanya faktor ekonomi yang di gunapakai; dan faktor ugama dan jatidiri tidak diambil kira dalam ulasan ini .

Semuanya juga adalah tergantung kepada pertolongan Allah. Saya nyatakan disini supaya tidak muncul pandangan seolah olah Dzimba hanya pentingkan ekonomi dan lupa bahawa Allah itu Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

1 comment:

Wake UP! said...

Pencipta perlu berfikir di luar kotak cara untuk memudahkan lagi kerja manusia atau perhubungan manusia.