Thursday, July 9, 2009

PELUANG DALAM KESEMPITAN

Tidak dapat dinafikan Malaysia dan hampir seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi dimana ramai pekerja hilang pekerjaan terutama dalam industri yang bersifat export ini kerana permintaan yang berkurangan. Malaysia sebagai sebuah negara yang berkembang masih dalam mencari pelbagai formula untuk mengatasi kemelesetan ekonomi ini dan yang terbaru adalah dengan liberisasi sektor perkhidmatan dan FIC (Foreign Investment Comitte) yang mana 30% pegangan ekuiti sudah di campak ke laut.

Berdasarkan kepada hakikat semasa, kaum melayu adalah merupakan kaum yang paling merasai akan kemelesatan ini kerana rata rata kaum melayu adalah terdiri daripada golongan pekerja dan bukannya penyedia pekerjaan. Saya yakin daripada berpuluh ribu pekerja yang dibuang mungkin tidak sampai 1% kaum cina yang dibuang pekerjaan. Justeru itu dalam kesempitan ini peluang menjadi makin luas kepada kaum Cina terutama dengan dasar liberisasi yang diumumkan kabinet baru baru ini.

Jelas sekali kaum melayu terlampau tergantung kepada kaum lain dalam mengharungi kehidupan harian sehinggakan tidak mampu untuk menentukan jalan kehidupan sendiri samada dalam keadaaan ekonomi bagus atau lembab.

Saya berpendapat sudah tiba masanya kaum melayu berfikir lebih jauh terutama para graduan yang mempunyai ilmu untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk terjun kedalam perniagaan tidak kira berskala kecil atau besar terutama yang melalui VSS dan diberi pampasan untuk membina hala tuju baru dalam kehidupan.

Sesungguhnya "push factor" yang timbul akibat daripada keadaan ekonomi sekarang sudah tentu menberi ruang kepada kita berfikir dengan lebih matang dan keluar daripada kepompong keselesaan untuk menjadi insan yang lebih berani mengambil risiko dan menentukan jalan kehidupan sendiri daripada bergantung harap kepada pemberi pekerjaan.

Sebenarnya banyak peluang peluang baru yang wujud di kala ekonomi dunia mengalami kemelesatan ekonomi dan apa yang penting kita harus berani dan pandai mencari peluang tersebut; diantaranya program francise dan bermacam macam lagi.

WAHAI KAUM KU, SEDAR LAH KITA BAHAWA APA YANG KITA PUNYAI SUDAH SEMAKIN BERKURANGAN DAN HARI HARI MENDATANG SEMAKIN MENCABAR, ENTAH TERANG ATAU MAKIN GELAP.

Sekian,
wassalam