Monday, January 17, 2011

MARTABATKAN MELAYU SECARA MUDAH: satu analisa

Soal kegagalan orang melayu dalam mengejar ekonomi negara sentiasa menjadi topik panas dan menjadi duri dalam daging dalam negara kita Malaysia.

Isu isu sebegini juga menjadi topik dan peluru dalam setiap pilihanraya yang diadakan. Pelbagai ulasan dan dialog telah dilakukan dan dari tahun ke tahun ianya tetap jauh ketinggalan. persoalannya "KENAPA MELAYU GAGAL".

Mengikut satu kajian yang dijalankan dalam tahun 2008, jumlah melayu yang berada diluar bandar adalah sekitar 80% daripada jumlah keseluruhan dan sudah tentu majoriti daripada mereka adalah petani, nelayan dan berkerja sendiri sementara sebahagian kecil berkerja makan gaji.

Sementara kaum Cina cuma 8% berada diluar bandar dan kebanyakan daripada golongan ini juga adalah petani dan nelayan dan mungkin berniaga kecil kecilan.

Namun begitu berdasarkan pengamatan Dzimba yang lebih memburukkan keadaan sosio ekonomi adalah sikap kebanyakan Melayu yang berada di bandar yang banyak menghabiskan masa dengan bermain dam dan berborak kosong sementara menunggu padi masak atau menunggu bot berlabuh.

Kalau tidak percaya pi tengok orang melayu di Kelate dan Terengganu sebagai contoh...mungkin hanya 40% daripada usia mereka digunakan untuk betul betul kerja yang lain banyak dihabiskan masa dengan perkara perkara yang merugikan. Namun begitu tidak rugi jugak lah sebab mungkin syurga akan menjadi milik mereka kalaupun tidak ke neraka dahulu.

Justeru itu perbandingan produktiviti diantara kaum melayu dan Cina amat jauh sekali ini adalah kerana rata rata kaum Cina berada dibandar dan dengan hanya memandu teksi sekalipun beliau mungkin sudah jauh kedepan berbanding dengan kaum melayu tadi dari segi produktiviti penggunaan masa dalam menghasilkan wang dan ekonomi mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa (72%) Melayu makan gaji (14%) kerja sendiri, sementara Cina (62%) makan gaji dan (23%) kerja sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa kaum Cina lebih aktif dalam soal soal pembangunan ekonomi. Pendapatan isi rumah yang melebihi RM 10k dan keatas Melayu (Bumiputera) 15%, dan Cina 32% . Sementara itu kaum India juga menduduki peratusan yang lebih tinggi berbanding Melayu /Bumiputera sekitar 20%..hairan jugak yer. Ini adalah kerana ramai kaum Bumiputera berada jauh di pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak.

Kenapa ini terjadi? diantara faktor faktor yang lain adalah kerana memang salah orang putih la yang memberi peluang dan ruang yang begitu tinggi kepada kaum Cina semenjak sebelum merdeka lagi.. dimana kaum Cina diberi peluang menduduki kawasan lombong emas dan kawasan pertumbuhan ekonomi, India di estet dan melayu cuma berpuashati sebagai kakitangan kerajaan atau berada dikampung sebagai petani dan nelayan.

Justeru itu usaha kerajaan untuk membentuk balik polarisasi kaum dan peluang serta ruang ini bukanlah mudah kerana ianya memerlukan 'political will' dan juga perubahan sikap dari bangsa itu sendiri. Apatah lagi sekarang ini.. suasana politk negara yang begitu berkecamuk, maka yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu.

Namun begitu kalau ada anak yang secantik gambar diatas tu boleh la tahan ...silap silap haribulan dapat kahwin dengan orang kaya..maka selesai la juga masalah yang membelenggu fikiran. Mungkin ini juga satu cara untuk mengangkat martabat orang Melayu dengan jalan yang paling cepat dan mudah. dan saya yakin dengan ini juga gejala sosial dikalangan Melayu akan juga berkurangan. So..ibubapa yang diluar sana tu, benarkan lah anak anak anda berkahwin lebih daripada satu atau dua dengan orang orang yang berduit dan yang beragama la...hee hee

1 comment:

oRang kAmpong said...

cina - world dah iktirah dia sebagai born to be bussisnes,pas tu depa dah niega ribu2 taun dulu.melayu - dah sedar xp masih perlu sedikit bantuan dan perlu byk ilmu bab zaman sekarang ni nak berniaga pon kena ada ilmu xblh dah main terjun botol.pas pilih bidang yg mudah2 jer dulu jgn cari yg pelik2.tqlah bro bg artikel yg relek2 ni xlarat gak nak beramok ngan puak2 haramkah tu ari2.