Dzimba masih belum membuat apa apa ulasan tentang perkara ini dan hanya mampu membaca beberapa paparan samada diakhbar ataupun dalam blog blog tertentu. Maklumlah bulan puasa.. malas untuk menulis dan bercakap.
Sekarang ini Dzimba ada tenaga sedikit maka ingin memberi sedikit ulasan. Sebenarnya isu "Share swap arrangement" diantara MAS dan AirAsia ini dapat dilihat dalam pelbagai sudut dan juga samada dari sudut politik, kewangan, pemegang saham dan lain lain lagi, ataupun dari sudut yang negatif mahupun positif.
Ulasan Dzimba kali ini adalah dari pandangan yang positif dari sudut kerjasama atau 'synergize" entiti perniagaan dalam melaksanakan pelan strategi jangkamasa panjang untuk kebaikan bersama kedua dua entiti perniagaan tersebut.
1. Sudut persaingan -Swap share arranggement diantara MAS dan AirAsia adalah baik kerana ini akan mengurangkan persaingan diangtara 2 entiti perniagaan yang sama ( monopoli/ oligopoli) dan dengan itu fokus untuk mengurangkan persaingan lebih tertumpu kepada pihak luar yang jauh dari kawalan MAS/AirAsia. Untuk memahami perkara ini lebih lanjut sila rujuk kepada SWOT, Michael porter 5 force model dan MILES & SNOW typology. Soal siapa yang lebih mendapat manfaat dari isu ini kita ketepikan dulu kerana kedua duanya adalah syarikat negara kita malaysia.
2. Sudut perkongsian kepakaran dan pengetahuan- Dengan perjanjian sudah tentu 2 pihak yang mempunyai kepentingan yang sama mampu duduk semeja dan berbincang untuk melihat apa apa perkara yang boleh di pergunakan atau 'exploit the learning curve and leverage the unutilised or underutilised resources", maka mengoptimunkan kelebihan dan kos operasi.
3. Kedua dua entiti perniagaan ini mempunyai budaya kerja, kepimpinan dan birokrasi yang berlainan, ini adalah kerana MAS (GLC) sudah pasti mempunyai budaya kerja, kepimpinan birokrasi yang berbeza dan AirAsia pula lebih bercorak keusahawanan yang tulin maka, dengan perkongsian sebegini pembudayaan kerja dan kepimpinan sesuatu entiti perniagaan itu mungkin dapat dipertingkatkan dan akhirnya memberi faedah yang berguna kepada kedua dua pihak. Untuk makluman TMT (Top management team), budaya kerja, kepimpinan adalah merupakan diantara perkara penting dalam menentukan jatuh dan bangun sesebuah entiti perniagaan.
4. Penggunaan teknologi- pada pandangan Dzimba salah satu faktor dari beberapa faktor yang membawa kepada kejayaan AirAsia berbanding dengan MAS adalah kerana penggunaan teknologi dalam pelbagai urusan terutama dalam urusan pembelian tiket adalah jauh lebih mesra pelanggan dan mendahalui MAS dalam perkhidmatan ini. Mungkin sesuatu perkongsian dapat dipertingkat dari sudut ini kedua kedua entiti MAS/AirAsia dapat manfaat yang berguna.
Ini adalah sebahagian daripada perkara perkara positif yang dapat Dzimba paparkan dan jika semua perkara perkara yang baik dapat dijalankan bersama dengan niat yang baik, maka Dzimba yakin bahawa kedua dua entiti perniagaan tersebut mampu bersama sama terbang tinggi.