FDI (foreign direct investment) di Malaysia mengalami kejatuhan yang begitu signifikan (81%) pada tahun 2010 sebagaimana dilapurkan the Star yang merujuk kepada lapuran 'world inverstment report 2010 by united nation on trade and development".
Peranan FDI dalam menentukan perkembangan ekonomi sesebuah negara memang tidak dapat dinafikan, ini kerana pelaburan oleh pihak swasta adalah merupakan faktor utama dalam pengiraan GDP sesebuah negara selain daripada perbelanjaan kerajaan, rakyat dan lebihan dagangan diantara ekspot dan impot.
Pada waktu yang sama ekonomi Malaysia berada dalam suasana terperangkap dalam "middle income group trap", yang memerlukan satu perubahan yang lebih dinamik dan drastik demi untuk keluar dari belenggu yang terjadi. Persoalan yang timbul adalah apakah rakyat bersedia atau faham akan apa yang dialami sekarang ini? ini kerana tanpa kefahaman yang mendalam maka segala apa yang dilakukan oleh kerajaan akan menjadi ibarat "telan mati emak, luah mati bapa".
Diantara cara cara yang mungkin boleh diambil kerajaan adalah dengan mengalakkan lebih banyak pihak SME merebut pasaran luar negara ini kerana bilangan SME dan lain lain menembusi pasaran luar negara amat sedikit sekitar 2% daripada jumlah keseluruhan ekspot dunia berbanding dengan negara lain yang lebih maju seperti Singapora, Japan dan Korea yang melebihi angka 4% .
Kenapa ini terjadi? Apakah kerana polisi kerajaan yang tidak kondusif terhadap pasaran luar atau mungkin pasaran tempatan sudah cukup besar bagi SME dan lain lain untuk mencapai apa yang dikatakan "return above average return" atau sikap SME yang tidak mempunyai sikap dan tahap keushawanan yang mencukupi yang merangkumi sifat "risk taking, innovative and proactive", atau mungkin pengalaman atau pendedahan tentang pasaran luar negara yang tidak mencukupi yang menjadi halangan kerana faktor "foreign liability dan economic risk, atau newness liability.
Hubungkait diantara polisi dan sikap SME amat menarik untuk dikaji, kerana ini akhirnya akan memberikan masukan yang berguna kepada semua pihak terutama para usahawan, kerajaan dan akhirnya kepada semua rakyat marhain yang mengharapkan secupak beras untuk mengalas perut.
Sebagai tambahan ,apa yang menyedihkan dalam keadaan ekonomi yang agak tidak menentu ini, para ahli politik sibuk berpolitik dengan isu isu yang remeh temeh dan bersifat peribadi dan kelompok, sedangkan rakyat marhain terpaksa berkerah keringat mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.
No comments:
Post a Comment