Wednesday, January 28, 2009

Dilema Malaysia Bhg 3- Isu Pendidikan

Kedatangan bangsa Cina dan India ke Malaysia adalah hasil daripada sikap opportunistik penjajah British untuk memaksimun pengautan hasil bumi malaysia terutama dalam perlombongan dan perladangan. Dimana rata2 kaum cina akan di letakkan dalam bidang perlombongan dan kaum India rata2 di letakkan dalam bidang perladangan sementara itu kaum Melayu rata2 diberi peluang dalam bidang pentadbiran atau pertanian.

Hasil daripada kedudukan kaum cina yang lebih strategik ini maka banyak peluang peluang perniagaan dapat digapai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu sekadar berpuashati sebagai kakitangan kerajaan dan kaum India selesa di sektor perladangan.

Masa telah berlalu dan penyediaan peluang pekerjaan bukan lagi tanggungjawab kerajaan yang memerintah, Melayu sudah ramai ke menara gading dan peluang pekerjaan semakin sempit terutama dalam sektor kerajaan kecuali bidang2 yang kritikal seperti, Kedoktoran, pergigian, farmasi dsbnya. Pengganguran meningkat dan pelbagai formula di rumus tetapi hakikatnya adakah masalah yang sama melanda kaum cina? Tentu sekali tidak, walaupun kaum cina bukan semuanya belajar dalam bidang kirikal. Ini adalah kerana kaum Cina semenjak awal sudah berjaya dalam bidang perniagaan yang mana 60 -70% bidang pekerjaan dimana mana negara pun adalah diwujudkan oleh SME dan penguasaan kaum Cina dalam SME di Malaysia adalah melebihi 70%. Justeru itu soal mencari pekerjaan tidak menjadi persolan yang begitu besar bagi kaum Cina.

Antara isu yang dibangkitkan adalah soal penguasaan bahasa inggeris oleh pelajar melayu yang amat lemah (memang benar). Maka kerajaan telah membuat polisi yang mana pengajaran matematik dan sains hendaklah diajar dalam bahasa inggeris yang merupakan strategi serampang 2 mata untuk membolehkan semua kaum mahir dalam bahasa inggeris dan waktu yang sama menguasai ilmu sains untuk mencari jalan keluar kepada permasalahan yang wujud.

Sudah tentu wujud pro dan kontra dalam hal ini, kerana bagi kaum Cina ianya tidak begitu penting kerana rata rata kaum Cina adalah berkebolehan bertutur sekurang kurangnya 2 bahasa atau pun 3 bahasa yaitu Melayu, Inggeris dan Cina, tetapi kaum Melayu cuma bahasa Melayu dan jarang2 yang berkebolehan dalam 2 bahasa melayu dan Inggeris.

Justeru itu bagi pejuang cina, penentangan tentang penggunaan bahasa inggeris atau "single system" yang dilaungkan lebih kepada soal mempertahankan bahasa "ibunda", walaupun sebenarnya kaum cina masih bebas untuk belajar dan praktik bahasa ibundanya.

Tetapi bagi kaum melayu rata rata penentangan yang dilaungkan adalah disebabkan ketidakmampuan kaum melayu terutama yang berada diluar bandar untuk memahami dan menguasai bahasa inggeris atau bahasa "komersial" tersebut.

Kaum India seperti juga kaum Cina mempunyai sikap yang hampir sama ini kerana bahasa inggeris bukanlah perkara yang penting bagi mereka kerana rata rata kaum India juga mempunyai kemampuan untuk menguasai 2 atau 3 bahasa dengan baik, cuma kaum India tidak begitu memberangsangakan dalam sektor perniagaan namun untuk mendapatkan perkerjaan tidak menjadi satu persoalan yang besar, jika bahasa yang menjadi ukuran.

Disebabkan "expectation yang berbeza ini dan kepentingan masing2 kaum, maka Malaysia berada dalam Dilema samada untuk meneruskan vernacular system atau single system atau sesuatu sistim yang baik dan menyeluruh untuk kebaikan semua kaum.

Apa yang jelas Inggeris adalah merupakan bahasa internasional dan penguasaan inggeris bagi mana2 kaum pun akan membawa kebaikan kepada kaum itu sendiri dan malaysia secara amnya.

Saya berpendapat, pengajaran bahasa inggeris untuk matapelajaran matematik dan sains wajib diteruskan kerana ini nanti akan membawa banyak kebaikan kepada Malaysia, namun begitu diwaktu yang sama peluang peluang untuk semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing masing juga haruslah diteruskan semuga kepelbagaian kebolehan dari pelbagai kaum dan budaya ini akan terus menjadi kekuatan bangsa Malaysia dimasa hadapan.

Mungkin model "sekolah Wawasan harus di teruskan"

Monday, January 12, 2009

Dilema Malaysia Bhg 2 - Isu Perkauman

Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang mana kelainan etnik dan budaya ini memberi kelebihan kepada malaysia untuk belajar hidup bertoleransi dan ianya unik kerana dengan ini juga malaysia bagaikan syurga makanan hasil dari pelbagai kaum dan suku yang terdapat malaysia.

Kerana kepelbagian etnik ini juga memberi kelebihan kepada malaysia dalam urusan perdagangan antara negara, sebagai contoh kaum cina akan lebih senang diterima untuk menjalinkan perniagaan di negara cina dsbnya, Begitu juga kaum india nampaknya lebih mudah diterima untuk menjalankan perniagaan di India dan kaum melayu lebih terima di Indonesia dalam misi perniagaan. Kepelbagaian ini jika digunakan sebaik2nya maka ianya akan memberi banyak kelebihan kepada malayia dalam pelbagai aspek dan ianya amat berhasil dan berjalan dengan baik semenjak malaysia mencapai kemerdekaan kecuali pada 13 May 1969.

Kepelbagaian etnik juga membuat malaysia berprinsip bahawa semua rakyat akan berhak mendapat hak masing2 samada dalam pendidikan, ekonomi budaya dsbnya. Justeru itu tiada satu kaum yang memiliki segala galanya dan tiada satu kuam pun yang akan ketinggalan dalam segala galanya.

Tetapi setelah PRU 12 , segala galanya telah berubah, gara2 memmpunyai kepimpinan negara yang lemah dan berpandangan sempit maka kepelbagian etnik yang ada dalam Malaysia sekarang ini sudah menjadi satu masalah yang besar yang mana ianya mungkin akan jadi "barah" yang akan membawa malaysia kearah yang tidak kondusif. Ini kerana setiap kaum sudah lantang bercakap tentang kepentingan masing2 seaolah olah ingin memiliki segala galanya dan prinsip saling berkongsi seperti "Hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama di cicah" sudah tidak di pentingkan lagi.

Justeru itu kepelbagaian kaum sudah menjadi satu DILEMMA MALAYSIA pada sekarang dan masa hadapan.

Justeru itu satu mekanisma yang baru harus difikirkan agar ianya tidak menjadi seperti "api dalam sekam" yang mana akhirnya merugikan semua kaum dalam negara Malaysia yang bertuah ini.