Tuesday, October 22, 2013
MUKHRIZ MENDAPAT BALASAN TAHI
Selesai sudah pemilihan UMNO dan keputusan semua sudah diketahui kecuali jawatan naib ketua pemuda yang akan ditentukan dalam waktu terdekat.
Keputusan yang diambil oleh ahli ahli UMNO adalah hampir sama sepertimana sebelum ini dan tiada apa yang boleh dibanggakan ataupun yang akan memberi impak positif kepada BN dalam menghadapi PRU ke 14 nanti, bahkan saya menjangkakan prestasi BN akan terus merundum. Saya menggunakan BN sebagai tanda aras adalah kerana UMNO adalah tunggak BN dan setiapkali pemilihan UMNO adalah sebenarnya untuk kemenangan BN dan bukan hanya untuk UMNO semata mata.
PRU 12 BN tewas teruk dan kepimpinan UMNO/BN diganti dengan Ds Najib dengan harapan untuk mengembalikan imej BN yang tercemar. Untuk itu Ds Najib membawa slogan "satu malaysia" dan menonjoklan diri sebagai "tranformation leader". Namun begitu ternyata idea beliau gagal sehinggakan prestasi BN semakin merundum dan nasib baiklah UMNO bangkit di Kedah dan salah seorang pemimpin baru yang muncul di Kedah adalah Mukhriz (dgn tidak menidakkan usaha juga datang drpd Basha dan lain lain pemimpin di Kedah termasuk faktor TDM) dan hakikatnya beliau sudah menyumbangkan kepada kemenangan BN untuk membentuk kerajaan.
Maka adalah tidak wajar jika ada PIHAK yang mempertikai, bahawa jasa mukhriz hanya sekadar untuk Kedah dan tidak sepertimana calun calun naib presiden yang lain yang kononnya sudah lama dan berkhidmat untuk negara. Pada saya, masa panjang atau pendek tidak penting, tp apa yang penting apa impak yang besar tuan tuan naib presiden mampu lakukan untuk kebaikan parti BN/UMNO dalam keadaan sekarang ini.
Namun begitu ahli UMNO tetap tidak nampak akan kelebihan ini. Dan apa yang mereka nampak adalah 'chai' dan harapan kepada curahan projek selepas pemilihan kepada bahlul bahlul di bahagian. Memang Mukhriz tidak mampu untuk mencurahkan projek kepada Pahang kerana kuasa beliau adalah setakat Kedah akan tetapi mampukah kerajaan dibentuk tanpa Kedah?.
Apa yang lebih mengecewakan saya adalah mukriz terpaksa berlawan dengan pelbagai ranjau dan halangan dimana presiden dan timbalan presiden tidak menyokong beliau di pekan dan pagoh dan pada waktu yang sama Khairy beruk dan sharizat lembu secara terbuka menyokong Hisham. Sikap begini adalah sama taraf macam taraf pemikiran ketua ketua bahagian dan cawangan yang cuba menyekat mana mana calun yanng mempunyai kebolehan....cittttttttt...memang celako, celako kata nik aziz.
Setelah gagal dalam PRU 13 saya tidak pernah mengkritik pentadbiran Ds Najib kerana saya beranggapan bahawa kegagalan Ds Najib dalam PRU 13 adalah kerana beliau terpaksa membawa pasukan gagal era Pak Lah dan Ds Najib mungkin ingin melakukan perubahan dengan muka baru yang lebih dinamik dan diterima oleh rakyat (bukan ahli UMNO sahaja yang akan mengundi dalam PRU14).
Peluang yang terbentang luas dalam pemilihan UMNO telah di sia siakan dan Ds Najib gagal dalam melaksanakan tugas sebagai "transformation leader" dan akan berhadapan PRU 14 bersama pasukan yang "tewas" dalam PRU 13. Secara logiknya pasukan yang "tewas" dengan "coach" dan pemain yang sama akan berkemungkinan besar pasukan itu akan juga menghadapi masalah yang sama.
Kesimpulannya Mukriz mendapat tahi sebagai jasa dan bunga yang beliau berikan kepada BN/UMNO dan hishamuddin tetap menang kerana dibantu oleh sepupu dan sahabat akan tetapi PRU 14 rakyat tidak menilai sepupu dan sahabat akan tetapi menilai dari sudut realiti dan persepsi dan inilah kenyataan dalam politik yang bersifat 'intangible' atau 'non physical' dalam "service industry".
Thursday, October 20, 2011
CUCI MINDA SEKEJAP; bukan cerita hantu

Wednesday, September 7, 2011
MAS DAN AIRASIA(share swap arrangement); siapa terbang tinggi??
Semasa dalam bulan puasa yang baru berlalu banyak perkara perkara penting berlaku diantaranya 'Share swap arrangment' diantara MAS dan AIRASIA. Monday, January 17, 2011
HADIAH UNTUK ANDA
Nampak gaya PANTAU blog semakin laris. Mengikut lapuran terkini dari Top Ranking Online PANTAU blog menduduki tangga ke 134 berbanding tangga 149 dalam hujung Desember dan menaiki 3 tangga dari 3 hari yang lepas dari 137. MARTABATKAN MELAYU SECARA MUDAH: satu analisa
Soal kegagalan orang melayu dalam mengejar ekonomi negara sentiasa menjadi topik panas dan menjadi duri dalam daging dalam negara kita Malaysia. Friday, January 7, 2011
BUDAK REMBAU LAGI...
Kisah budak ini muncul lagi dalam berita kat internet.. terpandang aja berita sebegini, Dzimba tidak boleh duduk diam mesti mahu sentuh juga la sikit. Berita lanjut klik disini.Monday, January 3, 2011
PIRAMID vs LABU
Kalau mengikut teori MASLOW, perkara asas adalah merupakan keperluan utama dalam hidup manusia (makan ,minum, pakaian), kemudian barulah soal soal keselamatan dan ingin memiliki, dan kemudian diikuti kehendak pengiktirafan dan kepuasan diri dan dihormati, berpangkat dan sebagainya. Kalau ikut susunan macam bentuk piramid. klik disini. Saya yakin ramai yang tahu dan faham akan teori ini.
Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah membentuk masyarakat dalam bentuk labu (pumpkin) iaitu biarlah ramai rakyat yang berada pada garisan tengah yang bulat dan pembahagian nampak lebih merata serta jurang yang tidak begitu jelas dan tidak seperti bentuk piramid. Monday, December 27, 2010
GENIUS vs EO; isu penting negara

Sahabat saya melalui blog beliau Sri Tri Buana mengulas mengenai keputusan peperiksaan PMR yang baru diumumkan baru baru ini. Beliau berpendapat bahawa keputusan kecemerlangan tidak begitu penting dan apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk melahirkan para pelajar yang genius dan beliau memberi beberapa manusia genius sebagai contoh diantaranya Einstein dan Bill Gates. Ulasan penuh beliau klik disiniSaturday, December 25, 2010
INGIN JADI JUTAWAN
Dzimba tidak mempunyai apa apa kepentingan dalam perniagaan beliau. Tujuan Dzimba menyiarkan halaman blog beliau disini sebagai tanda terima kasih Dzimba kepada Hafizoo kerana menjadi follower PANTAU. dan terima kasih kepada beliau.
Bagi sesiapa yang ingin mempromosikan perniagaan beliau dalam apa jua sekalipun ,Dzimba bersedia untuk membuat perkara yang sama.
Terima kasih
Dzimba
Monday, November 29, 2010
JAMBATAN BENGKOK SUMBER EKONOMI NEGARA
Tourism industry provides at least 6% of the world's GDP and employes about 127 million of people around the world (Holloway, 2002). Sementara itu di Malaysia, sumbangan industri pelancungan telah melonjak dengan begitu tinggi kepada 9% daripada GDP (KDNK) dan daripada 2002 hingga 2004, sumbangan industri pelancungan adalah dari RM 13.3 billion kepada RM 30.0 Billion (annual tourism statistical report, 2004).Jawapannya sudah tentu kelainan (Uniqueness), mana mungkin orang Malaysia melawat Perancis atau Britain kerana ingin melihat hutan atau ingin bermain pasir pantai yang bersih. Sudah tentu spot utama adalah ingin begambar di Effiel Tower dan London Bridge dan "Shopping". Begitu juga lah jika pelancung Perancis dan Britain ke Malaysia,sudah tentu mereka ingin melihat sesuatu yang tidak ada ditempat mereka, diantaranya KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan KTM, Puitrajaya,hutan tropika dan pantai yang menarik.
Kalau kepimpinan Dollah Badawi tidak bersetuju, itu tidak menghairankan saya,kerana sifat kepimpinan beliau yang suka menggali benda lama sperti kitab lama, buku hijau dan segalanya. Tapi Ds Najib seharusnya menjadi pemimpin yang bersifat visionary dan transformartion leader dan boleh berfikir diluar kotak kebiasaan. Malaysia memerlukan pemimpin yang luarbiasa bukan yang pandai cakap tapi macam tong kosong.. kong kalikong dan kelentong (brader Anwar).
Wednesday, September 29, 2010
HARGA RUMAH JAUH LEBIH MAJU
Nota :Saya tidak hairan jika harga rumah atau kondo disekitar KL mencecah jutaan ringgit kerana permintaan dan harga tanah yang mahal serta "exclusivity".
Semasa diwawancara oleh BFM 89.9 baru baru ini, Presiden persatuan perumahan (sudah tentu cina) memberi alasan yang jelas tidak masuk akal, katanya kenaikan mendadak adalah disebabkab peningkatan harga barang dan kos pembinaan yang lain. Untuk makluman beliau index kenaikan harga barang tidak berlaku sepertimana yang beliau nyatakan dan ini adalah alasan semata semata.
Perkara utama yang berlaku pada pandangan saya hasil penilitian adalah disebabkan:
1. Polisi BNM (Bank negara Malaysia) yang memberi terlampau tinggi finanical margin (up to 90%) dan menyebabkan banyak pihak terutama "speculator" yang membeli dalam kuantiti yang banyak dan menjual balik dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu BNM harus mengurangkan financial margin untuk mengelakkan harga rumah dari terus meningkat, ini kerana masih ramai lagi yang tidak mampu untuk membeli rumah dan mempunyai kediaman yang sesuai. Financial margin 90% hanya kepada pembeli rumah pertama sahaja, maka dengan ini sekurang kurangnya setiap keluarga mampu untuk memiliki rumah yang sesuai dan bagi yang ingin membeli rumah kedua ,ketiga dan seterusnya harus lah yang betul betul berkemampuan.
2. Sikap tamak pemaju yang mengambil kesempatan hasil perkembangan ekonomi dan ingin mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Saya mampu untuk menjustifikasi kenyataan ini jika perlu.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berwajib untuk melihat isu ini dengan lebih serius kerana ianya adalah masalah asas kepada kehidupan manusia. Kerana apa yang berlaku adalah "negara belum maju tapi harga rumah jauh lebih maju".
Tuesday, August 3, 2010
INTERNATIONALIZATION OF SMEs; POLISI ATAU SIKAP
Peranan FDI dalam menentukan perkembangan ekonomi sesebuah negara memang tidak dapat dinafikan, ini kerana pelaburan oleh pihak swasta adalah merupakan faktor utama dalam pengiraan GDP sesebuah negara selain daripada perbelanjaan kerajaan, rakyat dan lebihan dagangan diantara ekspot dan impot.
Pada waktu yang sama ekonomi Malaysia berada dalam suasana terperangkap dalam "middle income group trap", yang memerlukan satu perubahan yang lebih dinamik dan drastik demi untuk keluar dari belenggu yang terjadi. Persoalan yang timbul adalah apakah rakyat bersedia atau faham akan apa yang dialami sekarang ini? ini kerana tanpa kefahaman yang mendalam maka segala apa yang dilakukan oleh kerajaan akan menjadi ibarat "telan mati emak, luah mati bapa".
Diantara cara cara yang mungkin boleh diambil kerajaan adalah dengan mengalakkan lebih banyak pihak SME merebut pasaran luar negara ini kerana bilangan SME dan lain lain menembusi pasaran luar negara amat sedikit sekitar 2% daripada jumlah keseluruhan ekspot dunia berbanding dengan negara lain yang lebih maju seperti Singapora, Japan dan Korea yang melebihi angka 4% .
Kenapa ini terjadi? Apakah kerana polisi kerajaan yang tidak kondusif terhadap pasaran luar atau mungkin pasaran tempatan sudah cukup besar bagi SME dan lain lain untuk mencapai apa yang dikatakan "return above average return" atau sikap SME yang tidak mempunyai sikap dan tahap keushawanan yang mencukupi yang merangkumi sifat "risk taking, innovative and proactive", atau mungkin pengalaman atau pendedahan tentang pasaran luar negara yang tidak mencukupi yang menjadi halangan kerana faktor "foreign liability dan economic risk, atau newness liability.
Hubungkait diantara polisi dan sikap SME amat menarik untuk dikaji, kerana ini akhirnya akan memberikan masukan yang berguna kepada semua pihak terutama para usahawan, kerajaan dan akhirnya kepada semua rakyat marhain yang mengharapkan secupak beras untuk mengalas perut.
Sebagai tambahan ,apa yang menyedihkan dalam keadaan ekonomi yang agak tidak menentu ini, para ahli politik sibuk berpolitik dengan isu isu yang remeh temeh dan bersifat peribadi dan kelompok, sedangkan rakyat marhain terpaksa berkerah keringat mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.
Saturday, July 3, 2010
ORIENTASI PASARAN DAN PENCAPAIAN
Ini adalah kerana" market orientation" adalah bersifat responsif kepada kehendak pasaran melalui pengumpulan maklumat dan seterusnya segala maklumat yang didapati digunakan dan diserapkan dalam sesebuah organisasi dan akhirnya menyediakan produk atau perkhidmatan sepertimana yang dikehendaki oleh pasaran.
Justeru itu mana mana organisasi yang pekak telinga dan buta mata dan tidak mahu mendengar atau melihat akan keadaan pasaran maka ianya tidak akan berdaya maju dan hanyut dalam arus persaingan yang kompetitif.
Gagsan 1 Malaysia yang di war warkan oleh DS Najib dengan slogan "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan adalah merupakan salah satu cara yang responsif oleh BN/UMNO untuk memenuhi akan kehendak rakyat setelah terkejut beruk dalam pilihanraya 2008.
Namun begitu pesaingnya (pakatan rakyat) setelah berjaya dengan strateginya memperlekehkan sistim kehakiman dan kewibawaan polis dan menjadikan MIC seolah seollah tidak relevan kepada kaum india sebelum PRU 12, Kini mereka lebih menekankan kepada usaha usaha untuk menjadi hero kepada kaum Cina dengan memperjuangkan pelbagai isu isu yang jelas membuatkan UMNO /BN begitu tertekan menyebabkan melayu begitu marah dan wujudnya PERKASA yang secara langsung telah mengambil peranan yang mana selama ini diperjuangkan oleh UMNO.
Permohonan maaf DS Anwar kepada kaum Yahudi seperti yang dilapurkan oleh akhbar akhbar utama adalah jelas menunjukkan bahawa DS Anwar cuba membuktikan bahawa beliau adalah lebih terbuka dan lebih memahami akan kehendak pasaran (market orientation). Walaupun ramai melayu yang marah akan sikap beliau dalam hal ini namun begitu diwaktu yang sama populariti beliau dikalangan bukan melayu semakin meningkat.
Ds Anwar tidak memerlukan sokongan orang melayu, kerana beliau yakin PAS dan penyokongnya akan tetap teguh seperti batu bersama Nik Aziz. Jika ini berjaya maka, saya yakin ramai yang akan terkejut beruk dalam PRU 13 yang akan datang termasuk "saudara hantu" yang memberi komen dalam tulisan saya sebelum ini.
Berdasarkan maklumat yang saya terima, sikap pemimpin UMNO di peringkat bahagian terutama di Setiu adalah masih sama dan tidak berubah... masih ditakuk lama dan menggunakan strategi zaman dahulu kala ketika persaingan tidak begitu kompetitif.
Monday, June 21, 2010
NEGARA MAJU MODEL MANA?
Dalam 2 minggu yang lepas saya berpeluang melawat 6 buah negara eropah; holland, Belgium, German, Switzerland, Perancis dan England dan apa yang menyedihkan rata rata negara negara yang tersebut didalam keadaan ekonomi yang tidak membanggakan dimana peratus pengangguran yang tinggi sekitar 8 hingga 18%, kecuali German dan Switzerland yang mana keadaan negara mereka agak lebih stabil.
Di England sebagai contoh mengalami budget defisit sebanyak 165 billion pound (RM 600 billion) dan pengangguran sebanyak 18%. Sementara itu, di holland kadar pengangguran agak lebih rendah sekitar 8% namun begitu jumlah penduduk yang tidak mempunyai pasangan hidup akibat keruntuhan moral dan rumah tangga adalah sekitar 50% dan golongon main dubur (gay) sekitar 10% dan keadaan ini tentulah membimbangkan kerana akhirnya nanti sudah tidak ada generasi pelapis bagi sesuatu bangsa dimasa akan datang.
Akibat daripada ini, saya difahamkan Holland berkemungkinan akan mendapat Perdana Menteri baru dalam pilihanraya yang akan datang berbangsa Yahudi dan timbalan perdana menteri dari keturunan turki (kaum pendatang). Berdasarkan fakta fakta yang didapati amatlah jelas bahawa kemajuan negara tidak begitu bermakna jika sekiranya ramai rakyat yang berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan.
Justeru itu saya berpendapat penekanan hanya kepada meningkatkan pendapatan perkapita seperti yang di war warkan oleh kerajaan untuk mencapai USD 15,000 setahun harus difikirkan dan diteliti dengan sewajarnya, kerana apa yang penting adalah juga supaya majoriti rakyat dapat menikmati peluang hidup yang saksama dan mendapat pendapatan (bukan subsidi) serta pekerjaan.
Saya berpendapat negara maju ala Malaysia hendaklah mengambil kira faktor faktor sebegini sebelum ianya terlambat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat menceburi bidang perniagaan dan waktu yang sama pengekalan nilai nilai murni dalam masyarakat yang majmuk harus diberi penekanan yang serius.
Thursday, July 9, 2009
PELUANG DALAM KESEMPITAN
Berdasarkan kepada hakikat semasa, kaum melayu adalah merupakan kaum yang paling merasai akan kemelesatan ini kerana rata rata kaum melayu adalah terdiri daripada golongan pekerja dan bukannya penyedia pekerjaan. Saya yakin daripada berpuluh ribu pekerja yang dibuang mungkin tidak sampai 1% kaum cina yang dibuang pekerjaan. Justeru itu dalam kesempitan ini peluang menjadi makin luas kepada kaum Cina terutama dengan dasar liberisasi yang diumumkan kabinet baru baru ini.
Jelas sekali kaum melayu terlampau tergantung kepada kaum lain dalam mengharungi kehidupan harian sehinggakan tidak mampu untuk menentukan jalan kehidupan sendiri samada dalam keadaaan ekonomi bagus atau lembab.
Saya berpendapat sudah tiba masanya kaum melayu berfikir lebih jauh terutama para graduan yang mempunyai ilmu untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk terjun kedalam perniagaan tidak kira berskala kecil atau besar terutama yang melalui VSS dan diberi pampasan untuk membina hala tuju baru dalam kehidupan.
Sesungguhnya "push factor" yang timbul akibat daripada keadaan ekonomi sekarang sudah tentu menberi ruang kepada kita berfikir dengan lebih matang dan keluar daripada kepompong keselesaan untuk menjadi insan yang lebih berani mengambil risiko dan menentukan jalan kehidupan sendiri daripada bergantung harap kepada pemberi pekerjaan.
Sebenarnya banyak peluang peluang baru yang wujud di kala ekonomi dunia mengalami kemelesatan ekonomi dan apa yang penting kita harus berani dan pandai mencari peluang tersebut; diantaranya program francise dan bermacam macam lagi.
WAHAI KAUM KU, SEDAR LAH KITA BAHAWA APA YANG KITA PUNYAI SUDAH SEMAKIN BERKURANGAN DAN HARI HARI MENDATANG SEMAKIN MENCABAR, ENTAH TERANG ATAU MAKIN GELAP.
Sekian,
wassalam
