Saturday, July 3, 2010

ORIENTASI PASARAN DAN PENCAPAIAN

Orientasi pasaran(Market orientation) adalah diantara pelbagai cara yang digunakan dalam perniagaan untuk meningkatkan jualan dan seterusnya menghasilkan prestasi kewangan sesebuah syarikat.

Ini adalah kerana" market orientation" adalah bersifat responsif kepada kehendak pasaran melalui pengumpulan maklumat dan seterusnya segala maklumat yang didapati digunakan dan diserapkan dalam sesebuah organisasi dan akhirnya menyediakan produk atau perkhidmatan sepertimana yang dikehendaki oleh pasaran.

Justeru itu mana mana organisasi yang pekak telinga dan buta mata dan tidak mahu mendengar atau melihat akan keadaan pasaran maka ianya tidak akan berdaya maju dan hanyut dalam arus persaingan yang kompetitif.

Gagsan 1 Malaysia yang di war warkan oleh DS Najib dengan slogan "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan adalah merupakan salah satu cara yang responsif oleh BN/UMNO untuk memenuhi akan kehendak rakyat setelah terkejut beruk dalam pilihanraya 2008.

Namun begitu pesaingnya (pakatan rakyat) setelah berjaya dengan strateginya memperlekehkan sistim kehakiman dan kewibawaan polis dan menjadikan MIC seolah seollah tidak relevan kepada kaum india sebelum PRU 12, Kini mereka lebih menekankan kepada usaha usaha untuk menjadi hero kepada kaum Cina dengan memperjuangkan pelbagai isu isu yang jelas membuatkan UMNO /BN begitu tertekan menyebabkan melayu begitu marah dan wujudnya PERKASA yang secara langsung telah mengambil peranan yang mana selama ini diperjuangkan oleh UMNO.

Permohonan maaf DS Anwar kepada kaum Yahudi seperti yang dilapurkan oleh akhbar akhbar utama adalah jelas menunjukkan bahawa DS Anwar cuba membuktikan bahawa beliau adalah lebih terbuka dan lebih memahami akan kehendak pasaran (market orientation). Walaupun ramai melayu yang marah akan sikap beliau dalam hal ini namun begitu diwaktu yang sama populariti beliau dikalangan bukan melayu semakin meningkat.

Ds Anwar tidak memerlukan sokongan orang melayu, kerana beliau yakin PAS dan penyokongnya akan tetap teguh seperti batu bersama Nik Aziz. Jika ini berjaya maka, saya yakin ramai yang akan terkejut beruk dalam PRU 13 yang akan datang termasuk "saudara hantu" yang memberi komen dalam tulisan saya sebelum ini.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, sikap pemimpin UMNO di peringkat bahagian terutama di Setiu adalah masih sama dan tidak berubah... masih ditakuk lama dan menggunakan strategi zaman dahulu kala ketika persaingan tidak begitu kompetitif.

No comments: