Monday, November 29, 2010

JAMBATAN BENGKOK SUMBER EKONOMI NEGARA

Tourism industry provides at least 6% of the world's GDP and employes about 127 million of people around the world (Holloway, 2002). Sementara itu di Malaysia, sumbangan industri pelancungan telah melonjak dengan begitu tinggi kepada 9% daripada GDP (KDNK) dan daripada 2002 hingga 2004, sumbangan industri pelancungan adalah dari RM 13.3 billion kepada RM 30.0 Billion (annual tourism statistical report, 2004).

Berdasarkan kepada statistik yang ditunjukkan dan kajian ilmiah yang dijalankan oleh pihak pihak tertentu maka jelas sekali industri pelancungan akan memainkan peranan yang penting dalam menambahkan pendapatan negara, bukan hanya di Malaysia, bahkan negara negara maju seperti Perancis dan Britain juga mendapat pulangan yang tinggi dalam industri pelancungan. Sudah tentu ramai yang bertanya apa yang membuat industri pelancungan begitu melonjak dan menjadi pemangkin kepada ekonomi sesebuah negara???.

Jawapannya sudah tentu kelainan (Uniqueness), mana mungkin orang Malaysia melawat Perancis atau Britain kerana ingin melihat hutan atau ingin bermain pasir pantai yang bersih. Sudah tentu spot utama adalah ingin begambar di Effiel Tower dan London Bridge dan "Shopping". Begitu juga lah jika pelancung Perancis dan Britain ke Malaysia,sudah tentu mereka ingin melihat sesuatu yang tidak ada ditempat mereka, diantaranya KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan KTM, Puitrajaya,hutan tropika dan pantai yang menarik.

Tidak pernah terfikir mungkin dibenak fikiran kerajaan Perancis dan Britain bahawa setelah beratus tahun berlalu Effiel Tower dan London Bridge merupakan pusat pelancungan yang utama dan mendatangkan hasil yang utama kepada negara. Yang mana, pada masa pembinaanya dahulu masing masing adalah cuma merupakan sebagai gerbang masuk pameran untuk Effiel Tower dan London Bridge hanyalah sebagai pemghubung kepada 2 bahagian di London.

Berdasarkan kepada hakikat ini, saya berpendapat Jambatan Bengkok yangdicadangkan dan bakal menghubungi 2 negara jiran Malaysia dan Singapore akan menjadi tarikan pelancung yang begitu istimewa bahkan belum ada mana mana negara pun yang membina jambatan sedemikian rupa.

Siapa sangka Taj Mahal yang dibina atas dasar ingin menyatakan rasa kasih dan sayang akan menjadi monumen yang begitu laris untuk dikunjungi dan tiada siapa sangka Tembok Besar dan Tembok Berlin menjadi tumpuan pelancung. Senario yang sama mungkin akan terjadi kepada jambatan bengkok yang hanya merupakan expresi akan hubungan 2 negara jiran yang bertamaddun dan mungkin selepas beratus tahun dan selepas LKY dan anak anak mampus barulah manusia diantara 2 negara akan mengerti erti sebenar sebagai jiran, bukan hanya bersifat "KIASU".

Kalau dilihat secara logik, kanak kanak sekolah rendah pun akan bersetuju bahawa sebuah jambatan baru adalah perlu kerana tambak Johor sudah usang, lapuk dan mengotorkan air dan tidak menjadi spot pelancungan kepada kedua dua negara. Tetapi kerana sifat KIASU yang begitu tinggi dan cadangan pula datang dari Malaysia yang dianggap kurang bertamaddun maka ianya ditolak. Kalau singapura yang mencadangkan, maka orang Malaysia akan kata mereka adalah "brilliant".

Kalau kepimpinan Dollah Badawi tidak bersetuju, itu tidak menghairankan saya,kerana sifat kepimpinan beliau yang suka menggali benda lama sperti kitab lama, buku hijau dan segalanya. Tapi Ds Najib seharusnya menjadi pemimpin yang bersifat visionary dan transformartion leader dan boleh berfikir diluar kotak kebiasaan. Malaysia memerlukan pemimpin yang luarbiasa bukan yang pandai cakap tapi macam tong kosong.. kong kalikong dan kelentong (brader Anwar).

Saya amat yakin bahwa pembinaan jambatan baru tidak membazir sekurang kurangnya memudahkan uruasan perjalanan beribu umat manusia dan lebih yang lebih daripada ianya pasti akan menjadi satu mercu tanda yang akan menarik minat ramai pelacung ke negeri Johor.

Justeru itu, sayabersetuju jika jambatan baru di bina menggantikan tambak Johor, samada lurus atau bengkok itu tidak penting. Biar masa dan generasi yang akan datang menentukan akan nilainya yang saya yakin ianya adalah infiniti... lagi lama lagi mahal bro..

Mungkin pada masa itu, Johor begitu terkenal diserata dunia dan pelancung berjuta juta datang keJohor sambil menaiki bot melalui jambatan bengkok sepertimana orang Malaysia menaiki bot mengelilingi Effiel Tower sambil menghirup udara bersih dan pemadangan yang unik dan sudah tentu harga segelas teh tarik diatas bot akan beharga RM 15 ringgit segelas dan tambangnya adalah RM 50 untuk perjalanan sekitar 30 minit. Johor tidak perlu lagi berniaga air mentah dan menjual pasir kepada Singapura untuk menjana ekonomi negeri.


Ini adalah pandangan saya semata mata, yang lain lain tu..

Lu fikirlah sendiri.

5 comments:

PAShiT said...

salam,

saya merakamkan setinggi2 penghormatan dan sembah takzim keatas titah Baginda Sultan Johor yg mewakili suara rakyat negeri ini agar projek Jambatan Bengkok yg indah itu di teruskan!

Daulat Tuanku!

PAShiT

dzimba MMIM said...

Daulat tuanku dan terima kasih diatas kesudian saudara menjengok blog nyamuk saya.

oRang kAmpong said...

Salam bro.Aku setuju ngan ko.Teruskan usaha murni ni. I POLLOW

Walinong Sari said...

Masalahnya semasa Pak Lah membuat ucapan dan memberitahu rakyat, sebenarnya rakyat Johor yang tidak mahu jambatan dibina. Kenapa masa tu tak ada yang soal Pak Lah.

dzimba MMIM said...

salam Wainong Sari..sebenarnya ramai yang bertanya pada pak lah tapi dia suka membisu..elegance silent.

apa apa pun tima kasih kerana sudi menjenguk blog saya