Wednesday, September 29, 2010

HARGA RUMAH JAUH LEBIH MAJU

Tidak dapat dinafikan rumah (tempat tinggal/ berteduh) adalah merupakan perkara asas dalam kehidupan manusia. Harga rumah di Malaysia boleh dikatakan agak berpatutan pada tahun tahun sebelum ini. Namun begitu semenjak MEB dan transformation program yang di war warkan oleh DS Najib dan keinginan ingin mencapai perdapatan perkapita sebanyak 15,000 USD pada 2020, maka harga rumah telah melambung begitu tinggi. Sebagai contoh, untuk rumah teres 2 tingkat di puchong telah mencecah RM 480,000 - RM 700K dgn keluasan binaan 2000kps - 3300kps yang mana harga sebelum ni adalah sekitar RM 250- 500k sahaja. Rumah Semi-D berharga diantara RM 1.3 juta ke RM 2 juta dengan keluasan tanah 40 X 80 berbanding dahulu RM 700 - 900K.

Nota :Saya tidak hairan jika harga rumah atau kondo disekitar KL mencecah jutaan ringgit kerana permintaan dan harga tanah yang mahal serta "exclusivity".

Semasa diwawancara oleh BFM 89.9 baru baru ini, Presiden persatuan perumahan (sudah tentu cina) memberi alasan yang jelas tidak masuk akal, katanya kenaikan mendadak adalah disebabkab peningkatan harga barang dan kos pembinaan yang lain. Untuk makluman beliau index kenaikan harga barang tidak berlaku sepertimana yang beliau nyatakan dan ini adalah alasan semata semata.

Perkara utama yang berlaku pada pandangan saya hasil penilitian adalah disebabkan:

1. Polisi BNM (Bank negara Malaysia) yang memberi terlampau tinggi finanical margin (up to 90%) dan menyebabkan banyak pihak terutama "speculator" yang membeli dalam kuantiti yang banyak dan menjual balik dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu BNM harus mengurangkan financial margin untuk mengelakkan harga rumah dari terus meningkat, ini kerana masih ramai lagi yang tidak mampu untuk membeli rumah dan mempunyai kediaman yang sesuai. Financial margin 90% hanya kepada pembeli rumah pertama sahaja, maka dengan ini sekurang kurangnya setiap keluarga mampu untuk memiliki rumah yang sesuai dan bagi yang ingin membeli rumah kedua ,ketiga dan seterusnya harus lah yang betul betul berkemampuan.

2. Sikap tamak pemaju yang mengambil kesempatan hasil perkembangan ekonomi dan ingin mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Saya mampu untuk menjustifikasi kenyataan ini jika perlu.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berwajib untuk melihat isu ini dengan lebih serius kerana ianya adalah masalah asas kepada kehidupan manusia. Kerana apa yang berlaku adalah "negara belum maju tapi harga rumah jauh lebih maju".

No comments: